Laraskan seting app Apple TV pada Apple TV
Anda boleh memilih perkara yang kelihatan dalam app Apple TV , termasuk saluran dan app Apple TV, skor langsung, pemberitahuan, sejarah main dan item dalam Senarai Tontonan anda.
Pergi ke Seting
pada Apple TV.
Pergi ke App > TV, kemudian laraskan mana-mana seting yang disenaraikan di bawah.
Pilihan
Perihalan
Gunakan Sejarah Main
Aktifkan untuk membenarkan app Apple TV untuk menggunakan sejarah main anda untuk pengesyoran yang diperibadikan dan Teruskan Menonton.
Tunjukkan Skor Sukan
Nyahaktifkan untuk menyembunyikan skor sukan langsung dalam app Apple TV.
Selaraskan Sukan Saya
Aktifkan untuk mengikuti liga sukan dan pasukan merentas Apple News, Apple TV dan app Apple lain apabila anda mendaftar masuk dengan Akaun Apple yang sama.
Paparan Teruskan Menonton
Menentukan jenis karya seni yang anda lihat dalam baris Teruskan Menonton.
Pilih Bingkai Pegun untuk melihat bingkai pegun daripada perkara yang anda tonton, atau Seni Poster untuk menunjukkan imej tajuk utama untuk rancangan atau filem.
Mainkan Episod Seterusnya
Aktifkan untuk memulakan episod seterusnya secara automatik semasa menonton dalam app Apple TV.
Mainkan Pengesyoran
Aktifkan untuk memainkan kandungan yang disyorkan secara automatik selepas menonton siri, filem atau acara sukan dalam app Apple TV.
Rak Atas
Menentukan perkara yang kelihatan pada Skrin Utama apabila app Apple TV diserlahkan dalam baris atas.
Pilih Untuk Ditonton untuk melihat pratonton rancangan TV dan filem yang ditampilkan, atau pilih Teruskan Menonton untuk melihat perkara dalam baris gilir peribadi anda.
Permainan dalam Teruskan Menonton
Aktifkan untuk mendapatkan pemberitahuan Mula Permainan dan Tamat Permainan untuk permainan yang anda telah tambah ke Senarai Tontonan anda.
Permainan Menarik
Aktifkan untuk mendapatkan pemberitahuan tentang sukan dan acara yang disyorkan.
Kualiti Video Penstriman
Menentukan kualiti video penstriman dalam app Apple TV.
Pilih Terbaik untuk kualiti terbaik berdasarkan TV dan sambungan anda, Lebih Baik untuk menonton video dalam HD dan menggunakan lebih data anda, atau Baik untuk menonton video dalam SD dan menggunakan kurang data anda.
Main Auto Bunyi Video
Aktifkan untuk mendengar bunyi bagi video latar belakang yang dimainkan dalam app Apple TV secara automatik.
Definisi Video
Menentukan kualiti video untuk pembelian dan sewaan dalam app Apple TV.
Pilih Definisi Tinggi atau Definisi Standard. Jika anda memilih Definisi Standard, hanya video dalam definisi standard akan ditunjukkan sebagai pilihan apabila anda membeli atau menyewa video.
Sambung ke TV
Pilih saluran dan app Apple TV yang anda mahu kongsikan kandungan dengan app Apple TV.
Kosongkan Sejarah Carian
Pilih untuk mengeluarkan maklumat tentang perkara yang pengguna semasa telah cari dalam app Apple TV pada Apple TV.
Kosongkan Sejarah Main
Pilih untuk mengeluarkan maklumat tentang perkara yang pengguna semasa telah tonton dalam app Apple TV merentas semua peranti. Ini juga mengeluarkan rancangan TV dan filem daripada baris Teruskan Menonton pengguna.