Lebih banyak cara untuk menggunakan Siri pada Apple TV
Siri boleh melakukan lebih daripada mencari rancangan yang menarik untuk ditonton. Anda juga boleh menggunakan Siri untuk membuka app pada Apple TV, mencari peranti berdekatan, menyemak cuaca dan banyak lagi.
Petua: Siri memahami pelbagai frasa dan istilah carian melangkaui perkara yang disenaraikan di bawah. Cuba pertanyaan berbeza dan lihat perkara yang anda boleh cari.
Navigasi Apple TV
Anda boleh menggunakan Siri untuk membuka app atau bertukar kepada app lain.
Siri: Tekan dan tahan pada kawalan jauh anda, kemudian sebutkan sesuatu seperti:
“Buka App Store”
“Lancarkan Paramount+”
“Mainkan Video PBS KIDS”
“Pergi ke Foto”
Dapatkan maklumat lanjut tentang rancangan
Anda boleh bertanya soalan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang program yang anda tonton.
Siri: Tekan dan tahan pada kawalan jauh anda, kemudian sebutkan sesuatu seperti:
“Siapakah dalam rancangan ini?”
“Siapakah yang mengarahkan ini?”
“Apakah penilaian untuk ini?”
“Bilakah ini dikeluarkan?”
Mainkan muzik
Jika anda pelanggan Apple Music, anda boleh menggunakan Siri untuk memainkan lagu daripada app Muzik.
Siri: Tekan dan tahan pada kawalan jauh anda, kemudian sebutkan sesuatu seperti:
“Mainkan ‘Gadis Semasa’ oleh Yuna”
“Mainkan muzik yang saya suka”
“Mainkan Alabama Shakes album pertama”
“Tambahkan ‘Uptown Funk’ oleh Bruno Mars ke pustaka saya”
“Tambahkan Kacey Musgraves ke baris gilir saya”
“Mainkan lebih banyak macam ini”
Mainkan saluran dan sukan langsung
Sebutkan nama saluran yang anda mahu tonton dan strim video langsung akan mula dimainkan serta-merta.
Siri: Tekan dan tahan pada kawalan jauh anda, kemudian sebutkan sesuatu seperti:
“Tonton ESPN”
“Aktifkan CBS News”
Apabila anda bertanya Siri tentang pasukan, skor, atau jadual sukan tertentu, jika permainan tersedia di app yang disokong, Siri membawa anda terus ke aksi tersebut.
Siri: Tekan dan tahan pada kawalan jauh anda, kemudian sebutkan sesuatu seperti:
“Perlawanan Eagles seterusnya”
“Perlawanan hoki apakah yang sedang ditayangkan?”
Pilih butang Tonton Secara Langsung atas skrin untuk membuka app dan menonton perlawanan.
Anda juga boleh bertanya tentang jadual sukan secara umum.
Siri: Tekan dan tahan pada kawalan jauh anda, kemudian sebutkan sesuatu seperti:
“Siapa yang bermain bola malam ini?”
Siri menunjukkan kepada anda senarai semua perlawanan yang berkaitan, masa permulaan dan skor (jika perlawanan telah bermula) dan butang Pergi ke Perlawanan jika app disokong sedang menyiarkan perlawanan tersebut.
Cari peranti iOS, iPadOS, watchOS atau macOS
Jika peranti Apple lain anda didayakan ciri Cari dan didaftar masuk menggunakan Akaun Apple yang sama dengan yang Apple TV anda gunakan, anda boleh meminta Siri untuk mencetuskan isyarat boleh dengar pada sebarang peranti ini. Apple TV anda dan peranti anda mesti berada pada rangkaian yang sama dan berdekatan.
Siri: Tekan dan tahan pada kawalan jauh anda, kemudian sebutkan sesuatu seperti:
“Di manakah iPhone saya?”
“Ping iPad saya”
“Cari jam Lisa”
Nota: Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menyediakan ciri Cari, lihat panduan pengguna untuk peranti dan sistem pengendalian anda.
Kawal produk HomeKit
Jika anda mendaftar masuk pada Apple TV dengan Akaun Apple, anda boleh meminta Siri untuk mengawal banyak produk HomeKit, termasuk lampu, termostat, bidai tingkap dan banyak lagi. Semasa anda di luar rumah, anda boleh menggunakan iPhone atau iPad anda dengan Siri serta app Rumah. Anda boleh menukar seting, mengesetkan suasana, mendapatkan status peranti, menjalankan automasi atau mendapatkan senarai peranti:
Siri: Tekan dan tahan pada kawalan jauh anda, kemudian sebutkan sesuatu seperti:
“Tunjukkan saya kamera laman depan”
“Malapkan lampu bilik makan kepada 50 peratus”
“Hidupkan pembuat kopi”
“Berapakah jumlah salur kuasa di dalam apartmen saya?”
"Setkan suhu kepada 72 darjah"
“Adakah lampu tingkat atas hidup?”
“Adakah pintu depan dikunci?”
“Mainkan ini di dapur”
“Selamat malam”
“Saya mahu keluar”
Nota: Produk serasi HomeKit selamat seperti kunci pintu, pintu atau tingkap bermotor, sistem keselamatan dan pintu garaj tidak boleh dikawal oleh Apple TV. Anda mesti menggunakan iPhone, iPad atau Mac untuk mengawal peranti tersebut.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang HomeKit, lihat Pengenalan kepada Rumah pada iPhone.
Dapatkan maklumat umum
Anda boleh bertanya Siri tentang topik lain seperti sukan, cuaca dan saham atau bertanya soalan khusus yang anda mungkin cari di internet.
Siri: Tekan dan tahan pada kawalan jauh anda, kemudian sebutkan sesuatu seperti:
“Siapakah yang akan menentang Mavericks esok?”
“Bagaimanakah dengan cuaca?”
“Bagaimanakah cuaca di Vancouver?”
“Pukul berapa matahari terbenam di Paris?”
“Apakah prestasi NASDAQ hari ini?”
“Bagaimanakah prestasi saham Apple?”
“Adakah jagung sejenis buah?”
“Berapakah usia Mozart?”
“Terangkan fotosintesis.”
Hasil kelihatan di bahagian bawah skrin.
Dalam sesetengah kes, anda boleh meleret ke atas pada kawalan jauh anda untuk melihat lebih maklumat.