Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
- Baharu
-
- Penggera
- App Store
- Oksigen Darah
- Kalkulator
- Kalendar
- Remote Kamera
- ECG
- Ubat
- Memoji
- Pengecaman Muzik
- News
- Kini Dimainkan
- Peringatan
- Remote
- Pintasan
- Siren
- Saham
- Jam Randik
- Pasang Surut
- Pemasa
- Petua
- Terjemah
- Tanda Vital
- Memo Suara
- Walkie-Talkie
- Jam Dunia
-
- VoiceOver
- Sediakan Apple Watch menggunakan VoiceOver.
- Asas Apple Watch dengan VoiceOver
- Pencerminan Apple Watch
- Kawal peranti berdekatan
- AssistiveTouch
- Gunakan paparan braille
- Gunakan papan kekunci Bluetooth
- Zum
- Ketahui masa dengan maklum balas haptik
- Laraskan saiz teks dan seting visual lain
- Laraskan seting kemahiran motor
- Sediakan dan gunakan RTT
- Seting audio kebolehcapaian
- Taip untuk bercakap
- Pilih auto app difokus
- Gunakan ciri kebolehcapaian dengan Siri
- Pintasan Kebolehcapaian
- Hak Cipta
Kongsi lokasi anda dalam Mesej pada Apple Watch
Dalam perbualan iMessage dalam app Mesej , anda boleh membenarkan orang lain untuk mengetahui tempat anda berada dengan berkongsi lokasi anda.
Nota: Perkongsian lokasi anda dalam Mesej tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Aktifkan Kongsi Lokasi Saya
Pergi ke app Seting pada Apple Watch anda.
Ketik Privasi & Keselamatan, kemudian ketik Perkhidmatan Lokasi.
Ketik Kongsi Lokasi Saya, kemudian pastikan Kongsi Lokasi Saya diaktifkan.
Skrol ke bawah, ketik Mesej, kemudian pastikan Minta Lain Kali/Bila Berkongsi atau Semasa Menggunakan App diaktifkan.
Anda juga boleh mencari seting ini pada iPhone anda yang dipasangkan. Pergi ke Seting > Privasi & Keselamatan > Perkhidmatan Lokasi > Kongsi Lokasi Saya. Dalam Perkhidmatan Lokasi, ketik Mesej dan pilih seting.
Kongsi dan kemas kini lokasi anda secara automatik
Apabila anda berkongsi lokasi anda dalam perbualan Mesej, ia boleh dikemas kini dalam masa nyata terus dalam perbualan.
Pergi ke app Mesej pada Apple Watch anda.
Mulakan mesej baharu atau buka perbualan, ketik , kemudian ketik Lokasi.
Pilih untuk berkongsi lokasi langsung anda, yang dikemas kini semasa anda bergerak atau kongsi lokasi statik anda.
Kongsi lokasi langsung anda: Ketik Hantar.
Kongsi lokasi statik anda: Ketik , kemudian ketik Hantar Pin.
Orang yang menerima lokasi statik anda boleh mengetik mesej untuk membuka lokasi anda dalam app Peta .
Untuk berkongsi lokasi mereka, penerima anda boleh mengetik mesej dengan lokasi untuk pergi ke app Cari Orang, kemudian ketik Kongsi.
Berhenti berkongsi lokasi anda
Pergi ke app Mesej pada Apple Watch anda.
Buka perbualan, kemudian ketik mesej dengan lokasi anda yang dikongsi.
Ketik Henti Berkongsi.
Anda juga boleh pergi ke app Cari Orang , ketik orang yang anda berkongsi lokasi, skrol ke bawah, kemudian ketik Henti Berkongsi.