Kesihatan Jantung
Apple Watch anda boleh mendengar jantung anda dan menghantar pemberitahuan apabila sesuatu di luar kebiasaan berlaku. Sebagai contoh, Apple Watch anda boleh memaklumkan anda jika kadar jantung anda kekal di atas ambang dipilih atau di bawah ambang dipilih selepas anda tidak aktif selama sekurang-kurangnya 10 minit.
Anda boleh mengaktifkan pemberitahuan kadar jantung apabila anda membuka app Kadar Jantung pada kali pertama, atau pada bila-bila masa kemudian.
Anda juga boleh menerima pemberitahuan jika Apple Watch anda mengenal pasti ritma jantung tidak tetap yang kelihatan sebagai pemfibrilan atrium (AFib). Jika anda telah didiagnosis dengan AFib, Apple Watch anda boleh membantu anda memahami kekerapan jantung anda berada dalam aritmia ini. Anda juga boleh menjejak faktor gaya hidup yang mungkin mempengaruhi keadaan anda.
Terima pemberitahuan kadar jantung tinggi atau rendah
Pergi ke app Seting pada Apple Watch anda, kemudian ketik Jantung.
Ketik Notis Kadar Jantung Tinggi atau Notis Kadar Jantung Rendah, kemudian setkan ambang kadar jantung.
Anda juga boleh membuka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, kemudian ketik Jantung. Ketik Kadar Jantung Tinggi atau Kadar Jantung Rendah, kemudian setkan ambang.
Sediakan pemberitahuan ritma jantung tidak tetap (tidak tersedia di semua negara atau rantau)
Anda boleh menerima pemberitahuan jika Apple Watch mengenal pasti ritma jantung tidak tetap yang kelihatan sebagai pemfibrilan atrium (AFib).
Pergi ke app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, ketik Jantung, kemudian ketik Sediakan Pemberitahuan Ritma Tidak Tetap dalam Kesihatan.
Dalam app Kesihatan, ketik Sediakan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Tunjukkan sejarah AFib (tidak tersedia di semua negara atau rantau)
Jika anda telah didiagnosis dengan AFib, pergi ke app Kesihatan pada iPhone anda, kemudian ketik Layari.
Ketik Jantung, skrol ke bawah untuk Dapatkan Lebih Lagi Daripada Kesihatan Anda, ketik Sediakan di bawah Sejarah AFib, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Untuk menunjukkan sejarah AFib anda, buka app Kesihatan, ketik Layari, ketik Jantung, kemudian ketik Sejarah AFib.
Setiap hari Isnin, jika anda telah memakai jam anda sekurang-kurangnya 5 daripada 7 hari (12 jam sehari), anda mungkin menerima pemberitahuan dengan anggaran masa yang anda luangkan dalam AFib semasa minggu kalendar sebelumnya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Jejak Sejarah AFib anda dengan Apple Watch dan Arahan Penggunaan (IFU) Ciri Sejarah Pemfibrilan Atrium (AFib).
Sediakan pemberitahuan kecergasan kardio rendah
Apple Watch boleh memberi anda anggaran kecergasan kardio dengan mengukur keamatan jantung anda berdenyut semasa berjalan luar, larian atau mendaki, dan menghantar pemberitahuan kepada anda apabila ia rendah. Bergantung pada umur dan jantina anda, kecergasan kardio anda akan tergolong dalam satu daripada empat julat: Rendah, Bawah Purata, Atas Purata, atau Tinggi. Jika tahap kecergasan kardio anda tergolong dalam julat Rendah, anda akan menerima pemberitahuan pada Apple Watch anda. Jika ia kekal rendah, anda akan menerima pemberitahuan setiap empat bulan.
Pergi ke app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, ketik Jantung, kemudian ketik Sediakan Pemberitahuan Kecergasan Kardio dalam Kesihatan.
Anda juga boleh membuka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, ketik Jantung, kemudian aktifkan Pemberitahuan Kecergasan Kardio.
Cari dalam bahagian Kecergasan Kardio app Kesihatan untuk melihat ukuran kecergasan kardio anda dan julat ia berada. Ketik Tunjukkan Semua Tahap Kecergasan Audio untuk mendapatkan maklumat lanjut.