Teruskan ke kandungan utama

Cara kami beroperasi

Dikemas kini pada 31 Oktober 2023

1. Tempat Penginapan

1A. Definisi dan Siapa kami

Sesetengah perkataan yang anda akan lihat mempunyai makna yang sangat khusus, jadi sila lihat ‘Kamus Booking.com’ dalam Terma Perkhidmatan kami.

Apabila anda menempah Tempat Penginapan, Booking.com B.V. menyediakan dan bertanggungjawab untuk Platform – tetapi bukan Pengalaman Pelancongan itu sendiri (lihat 1B di bawah). Booking.com B.V. ialah sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah undang-undang Belanda (alamat berdaftar: Oosterdokskade 163, 1011 DL, Amsterdam, The Netherlands; nombor Dewan Perniagaan: 31047344; nombor VAT: NL805734958B01).

1B. Bagaimanakah perkhidmatan kami berfungsi?

Kami mempermudahkan untuk anda membandingkan Tempahan daripada banyak hotel, pemilik tempat penginapan dan Penyedia Perkhidmatan yang lain.

Apabila anda membuat Tempahan di Platform kami, anda mengikat kontrak dengan Penyedia Perkhidmatan (kecuali dinyatakan sebaliknya).

Maklumat di Platform kami adalah berdasarkan apa-apa yang diberitahu oleh Penyedia Perkhidmatan kepada kami. Kami melakukan yang terbaik untuk memastikan perkara adalah yang terkini pada setiap masa, tetapi secara realistik ia boleh mengambil masa beberapa jam untuk dikemas kini, contohnya, penerangan teks dan senarai kemudahan yang disediakan oleh Tempat Penginapan.

1C. Dengan siapa kami bekerja?

Hanya Penyedia Perkhidmatan yang mempunyai hubungan kontrak dengan kami akan dipaparkan di Platform kami. Mereka mungkin menawarkan Pengalaman Pelancongan di luar Platform kami juga.

Kami tidak memiliki sebarang Tempat Penginapan - setiap Penyedia Perkhidmatan ialah syarikat berasingan yang telah bersetuju untuk bekerjasama dengan kami dengan cara tertentu.

Platform kami memberitahu anda jumlah Tempat Penginapan yang boleh anda tempah melalui kami di seluruh dunia - dan halaman hasil carian kami memberitahu anda bilangan daripadanya yang mungkin sesuai untuk anda, berdasarkan perkara yang anda beritahu kami.

1D. Bagaimana kami menjana wang?

Kami tidak membeli atau (menjual semula) sebarang produk atau perkhidmatan. Setelah penginapan anda selesai, Penyedia Perkhidmatan hanya membayar komisen kepada kami.

Jika Tempat Penginapan kedua dalam hasil carian anda mempunyai lencana yang tertera 'Iklan', ini bermakna bahawa Penyedia Perkhidmatan telah membayar untuk Tempat Penginpan tersebut muncul di situ sebagai sebahagian daripada program 'Booking Network Sponsored Ads' kami.

1E. Sistem saranan kami

Cara Booking.com menggunakan sistem saranan

Semua tempat penginapan yang hebat patut ditemui. Itulah sebabnya kami menggunakan sistem 'saranan' untuk memaparkan maklumat pada Platform kami dengan cara yang akan membantu anda menemui tempat penginapan yang kami rasa anda akan menyukainya. Sebagai contoh, pada halaman pendaratan 'Penginapan', anda akan menemui beberapa sistem saranan, termasuk:

  • Destinasi trending. Destinasi yang anda mungkin ingin pergi, berdasarkan Tempahan yang dibuat oleh pelancong lain yang cariannya serupa dengan anda.
  • Penginapan seperti rumah yang disukai tetamu. Tempat penginapan seperti rumah dengan skor reviu yang tinggi.
  • Mencari penginapan idaman? Tempat Penginapan (berbanding dengan destinasi) yang anda mungkin ingin menginap, berdasarkan Tempahan yang dibuat oleh tetamu lain yang cariannya serupa dengan anda.

Hasil carian kami juga merupakan sistem saranan. Malah, ia adalah sistem saranan yang paling kerap digunakan oleh pelanggan kami, jadi sila lihat 'Kedudukan default kami dan pilihan penyusunan' di bawah.

Semua sistem saranan yang kami gunakan memberikan saranan berdasarkan satu atau lebih faktor berikut:

  • Perkara yang anda beritahu kami dalam borang carian: destinasi, tarikh, bilangan tetamu, dll.
  • Sebarang maklumat yang kami kumpulkan berdasarkan cara anda berinteraksi dengan Platform kami: carian anda yang lalu di Platform kami, negara tempat anda berada semasa melayari Platform, dll.
  • Prestasi Tempat Penginapan di Platform kami:
    • kadar klikan (CTR) (bilangan orang mengklik padanya)
    • tempahan kasarnya (bilangan tempahan dibuat dengan Tempat Penginapan itu)
    • tempahan bersihnya (bilangan tempahan yang dibuat dengan Tempat Penginapan itu, tolak bilangan yang dibatalkan)
  • Maklumat tentang ketersediaan Tempat Penginapan, skor harga, skor reviu, dll.

Untuk memudahkan anda mencari dan menempah Tempat Penginapan, setiap faktor boleh menjadi lebih (atau kurang) penting dalam kes yang berbeza bergantung pada perkara yang kami fikir berkemungkinan besar menghasilkan senarai tempat penginapan yang mungkin anda ingin tempah.

Kedudukan default kami dan pilihan penyusunan

Hasil carian kami juga merupakan sistem saranan. Ia menunjukkan semua Tempat Penginapan (hotel, apartmen, dll.) yang sepadan dengan carian anda. Jika anda inginkan, anda boleh menggunakan penapis untuk perhalusi hasil anda.

Untuk melihat semua pilihan tempahan yang ditawarkan oleh Tempat Penginapan, klik saja padanya.

Apabila anda mula-mula mendapat hasil carian anda, ia akan diisih ('disusun') mengikut 'Pilihan utama kami' (dipanggil 'Populariti' pada app kami):

  • Untuk muncul pada senarai teratas di halaman, Tempat Penginapan perlu berfungsi dengan baik dalam setiap tiga bidang ini:
    • Kadar klikan (CTR). Berapa ramai orang mengklik padanya
    • Tempahan kasar. Berapa bilangan tempahan dibuat dengan Tempat Penginapan tersebut
    • Tempahan bersih. Berapa bilangan tempahan dibuat dengan Tempat Penginapan, tolak bilangan yang dibatalkan.
  • Seperti yang anda boleh bayangkan, nombor tersebut bergantung pada banyak faktor, termasuk skor reviu, ketersediaan, polisi, harga, kualiti kandungan (cth. foto) dan ciri lain.
  • Kedudukan Tempat Penginapan juga boleh dipengaruhi oleh perkara lain - contohnya, berapa banyak komisen yang mereka bayar kepada kami untuk Tempahan, seberapa cepat mereka biasanya membayarnya, sama ada mereka sebahagian daripada program Genius kami atau Program Rakan Niaga Pilihan(+), dan di tempat* tertentu, sama ada kami mengatur pembayaran mereka.
  • Sebarang maklumat yang kami kumpulkan berdasarkan cara anda berinteraksi dengan Platform kami (termasuk perkara yang anda beritahu kami) juga akan menjadi faktor.

* Buat masa ini, faktor kedudukan ini hanya terpakai bagi Tempat Penginapan AS yang ditempah oleh pelanggan di Amerika Syarikat.

Banyak faktor di atas membantu sistem saranan kami menentukan Tempat Penginapan yang mungkin paling menarik dan berkaitan dengan anda. Ada yang memainkan peranan kecil dalam keputusan itu, manakala yang lain memainkan peranan yang besar -- dan kepentingan setiap faktor boleh berubah, bergantung pada ciri-ciri Tempat Penginapan, dan pada cara anda dan orang lain menggunakan Platform kami.

Sebagai contoh, kadar klikan (CTR) dan bilangan Tempahan Tempat Penginapan sering memainkan peranan yang besar dalam keputusan. Ini kerana ia mencerminkan secara langsung daya tarikan keseluruhan Tempat Penginapan dan sejauh mana tetamunya berpuas hati dengan perkara yang ditawarkannya.

Kadar klikan (CTR) yang tinggi biasanya bermakna Tempat Penginapan memberikan kesan pertama yang baik pada Platform kami (cth. melalui imej, kemudahan dalam bilik atau penerangan) – dan mendapat banyak Tempahan menunjukkan bahawa ramai orang mendapati ia benar-benar memenuhi keperluan mereka.

Tetapi faktor lain juga memainkan peranan. Sebagai contoh, kami mungkin memberi keutamaan kepada Tempat Penginapan yang merupakan sebahagian daripada program Genius kami – atau menawarkan polisi pembayaran yang serba boleh dan mesra pengguna. Lagipun, faktor ini menunjukkan bahawa Tempat Penginapan ini memahami betapa pentingnya perkhidmatan dan kemudahan kepada pelanggan kami.

Saranan kami juga dipengaruhi oleh cara pelanggan lain yang mempunyai keutamaan serupa menggunakan Platform kami. Sebagai contoh, jika:

  • Individu A sering menempah Tempat Penginapan di Paris, Barcelona dan Rom, dan
  • Individu B sering menempah Tempat Penginapan di Paris, Barcelona, Rom, Berlin dan Madrid

...maka sistem saranan kami mungkin meramalkan bahawa Individu A juga akan berminat dengan tempat penginapan di Berlin dan Madrid.

Jika Tempat Penginapan kedua dalam hasil carian anda mempunyai lencana yang tertera 'Iklan', ini bermakna bahawa Penyedia Perkhidmatan telah membayar untuk Tempat Penginpan tersebut muncul di situ sebagai sebahagian daripada program 'Booking Network Sponsored Ads' kami.

Jika anda lebih suka kami tidak menyusun hasil carian anda mengikut cara default kami, anda boleh mengisihnya dengan cara lain, seperti:

  • Rumah & apartmen dahulu. Rumah dan apartmen dipaparkan di kedudukan lebih atas daripada hotel dan jenis Tempat Penginapan yang lain.
  • Harga (terendah dahulu). Tempat Penginapan dengan harga yang lebih rendah dipaparkan di kedudukan lebih atas.
  • Diskaun Genius dahulu. Tempat Penginapan Genius dipaparkan di kedudukan lebih atas daripada Tempat Penginapan lain.
  • Penilaian penginapan (tinggi ke rendah). Tempat Penginapan dengan lebih banyak bintang* dan/atau penilaian kualiti yang lebih tinggi* dipaparkan di kedudukan lebih atas.
  • Penilaian penginapan (rendah ke tinggi). Tempat Penginapan dengan kurang bintang dan/atau penilaian kualiti yang lebih rendah dipaparkan di kedudukan lebih atas.
  • Skor terbaik dengan reviu paling banyak (dipanggil 'Reviu terbaik' dalam app kami). Tempat Penginapan dengan skor reviu yang lebih tinggi* dipaparkan di kedudukan lebih atas. Jika anda melihat mana-mana keadaan di mana ia tidak berlaku, ini hanya kerana kami turut mengambil kira kebolehpercayaan (iaitu bilangan reviu). Sebagai contoh, Tempat Penginapan dengan 1,000 reviu dan skor purata 8.2 boleh dipaparkan di kedudukan lebih atas daripada Tempat Penginapan dengan 5 reviu dan skor purata 8.3.
  • Jarak dari (X). Tempat Penginapan yang lebih dekat dengan X (cth. pusat bandar) dipaparkan di kedudukan lebih atas bagi halaman. (Apabila kami sebut ‘dekat’, kami maksudkan ‘dekat dalam garis lurus’.)
  • Penilaian tempat penginapan. Tempat Penginapan dengan lebih banyak bintang dipaparkan di kedudukan lebih atas. Dalam setiap segmen (5 bintang, 4 bintang, dll.) segmen dengan harga yang lebih rendah dipaparkan di kedudukan lebih atas.
  • Reviu terbaik dan harga terendah. Tempat Penginapan dengan skor reviu yang lebih tinggi dipaparkan di kedudukan lebih atas. Dalam setiap segmen 0.5 (antara 10 dan 9.5, antara 9.5 dan 9, dll.) segmen dengan harga yang lebih rendah dipaparkan di kedudukan lebih atas.

* Lihat ‘Penilaian bintang, skor reviu dan penilaian kualiti’ (1J) di bawah.

Perlu diingat bahawa apa-apa pilihan penyusunan yang anda pilih, faktor yang diterangkan dalam ‘Pilihan utama kami’ mungkin masih mempengaruhi penilaian. Sebagai contoh, faktor tersebut mungkin bertindak sebagai ‘pematah seri’ antara dua atau lebih Tempat Penginapan yang sebaliknya akan muncul di tempat yang sama. Walau bagaimanapun, faktor 'Pilihan utama kami' adalah kedua semata-mata – kerana ia hanya digunakan di mana kami perlu menentukan antara dua tempat penginapan untuk diutamakan.

Saranan tersuai

Sesetengah sistem saranan kami membuat saranan tersuai berdasarkan cara anda berinteraksi dengan sistem Booking.com seperti Poskad Destinasi, Destinasi berdekatan dan hasil carian kami. Jika anda berpangkalan di Kawasan Ekonomi Eropah, anda boleh menukar tetapan anda supaya sistem saranan kami tidak memberikan anda saranan tersuai. Untuk melakukannya – jika anda menggunakan:

  • Laman desktop atau mudah alih kami: klik 'Urus saranan tersuai' dalam pengaki
  • App kami: ketik 'Urus saranan tersuai' dalam sepanduk.

Walaupun anda berbuat demikian, kami mungkin masih menyimpan beberapa maklumat tentang anda supaya kami boleh memberi anda pengalaman yang lebih mudah. Ini mungkin maklumat yang anda berikan (cth. nombor telefon atau alamat e-mel anda), atau yang kami kumpulkan berdasarkan cara anda berinteraksi dengan Platform kami.

Keutamaan anda (tentang saranan tersuai) akan digunakan pada mana-mana peranti yang anda telah log masuk ke akaun Booking.com anda. Jika anda tidak log masuk ke akaun anda, pilihan anda tidak akan digunakan pada peranti lain: ia akan disimpan sebagai sebahagian daripada 'kuki' anda, dan apabila kuki itu tamat tempoh, pilihan anda juga akan tamat tempoh.

1F. Reviu

Setiap skor reviu adalah antara 1-10. Untuk mendapatkan skor keseluruhan yang anda lihat, kami menjumlahkan semua skor reviu yang kami terima dan membahagikan jumlah itu dengan bilangan skor reviu yang kami terima. Selain itu, tetamu juga boleh memberikan ‘subskor’ berasingan untuk aspek Pengalaman Pelancongan tertentu, seperti: lokasi, kebersihan, kakitangan, keselesaan, kemudahan, nilai untuk wang dan Wi-Fi percuma. Harap maklum bahawa tetamu menghantar subskor mereka dan skor keseluruhan mereka secara bebas, jadi tiada pautan langsung antara mereka.

Anda boleh beri reviu bagi tempat penginapan yang anda tempah melalui Platform kami jika anda menginap di sana atau jika anda tiba di Tempat Penginapan tetapi sebenarnya tidak menginap di sana. Untuk mengubah reviu yang telah anda hantar, sila hubungi pasukan Khidmat Pelanggan kami.

Kami ada pihak dan sistem berautomatik yang mengkhusus dalam pengesanan reviu palsu yang dihantar ke Platform kami. Jika kami jumpa mana-mana reviu palsu, kami membuangnya dan, jika perlu, ambil tindakan terhadap sesiapa yang bertanggungjawab.

Sesiapa sahaja yang melihat sesuatu yang bermasalah sentiasa boleh melaporkannya kepada pasukan Khidmat Pelanggan kami dan pasukan Penipuan kami akan menyiasat.

Sebaik-baiknya, kami akan memaparkan setiap reviu pengguna yang kami terima, sama ada positif atau negatif melainkan ia melanggar Standard dan Garis Panduan Kandungan kami.

Untuk memastikan reviu adalah relevan, kami hanya boleh menerima reviu yang dihantar dalam tempoh 3 bulan selepas mendaftar keluar, dan kami mungkin berhenti memaparkan reviu setelah reviu tersebut berusia 36 bulan - atau jika Tempat Penginapan mempunyai perubahan bagi pemilikan.

Tempat Penginapan boleh memilih untuk membalas reviu.

Apabila anda melihat berbilang reviu, reviu yang terbaru akan berada di bahagian atas, tertakluk kepada beberapa faktor lain (dalam bahasa apa reviu itu, sama ada ia hanya skor atau mengandungi reviu juga, dsb.). Untuk memastikan reviu yang paling berguna muncul dahulu, setiap faktor boleh menjadi lebih (atau kurang) penting – bergantung pada cara Platform kami berubah dari semasa ke semasa, contohnya.

Jika anda lebih suka kami tidak menyusun reviu mengikut cara default kami, anda boleh mengisihnya berdasarkan faktor lain, seperti:

  • Paling baru dahulu
  • Paling lama dahulu
  • Skor tertinggi
  • Skor terendah

Kami kadangkala memaparkan skor reviu eksternal, daripada laman web pelancongan lain yang diketahui ramai. Kami membuatnya jelas apabila kami melakukan sedemikian.

Reviu boleh mengandungi terjemahan yang dikuasakan oleh Google, bukan Booking.com. Google menafikan semua jaminan berkenaan terjemahan, yang nyata atau tersirat, termasuk sebarang jaminan ketepatan, kebolehpercayaan, dan sebarang jaminan tersirat bagi dagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu dan bukan pelanggaran.

1G. Harga

Kadar yang dipaparkan di Platform kami ditetapkan oleh Penyedia Perkhidmatan. Kami mungkin membiayai reward atau ganjaran lain daripada poket kami sendiri.

Apabila anda membuat tempahan, anda bersetuju untuk membayar kos Pengalaman Pelancongan itu sendiri dan sebarang caj dan cukai lain yang mungkin dikenakan (cth. untuk sebarang tambahan). Cukai dan bayaran mungkin berbeza atas sebab yang berbeza, seperti lokasi Penyedia Perkhidmatan, jenis bilik yang dipilih dan bilangan tetamu. Penerangan harga memberitahu anda sama ada sebarang cukai dan caj disertakan atau dikecualikan. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang harga semasa anda membuat tempahan.

Platform kami menyediakan penerangan tentang sebarang peralatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh Penyedia Perkhidmatan (berdasarkan apa yang mereka beritahu kami). Ia juga memberitahu anda berapa kos tambahan yang akan dikenakan, jika ada.

1H. Pembayaran

Terdapat tiga cara anda boleh membayar untuk Tempahan anda:

  • Penyedia Perkhidmatan mengenakan caj kepada anda di Tempat Penginapan.
  • Penyedia Perkhidmatan mengenakan caj kepada anda terlebih dahulu. Kami (atau ahli gabungan kami) akan mengambil butiran Cara Pembayaran anda dan menghantarkannya kepada Penyedia Perkhidmatan.
  • Kami mengatur pembayaran anda kepada Penyedia Perkhidmatan terlebih dahulu. Kami (atau ahli gabungan kami) akan mengambil maklumat Cara Pembayaran anda dan memastikan Penyedia Perkhidmatan dibayar.

Jika anda membatalkan Tempahan atau tidak muncul, sebarang bayaran pembatalan/ketidakmunculan dan sebarang pulangan wang akan bergantung pada polisi pembatalan/ketidakmunculan Penyedia Perkhidmatan.

1I. Jenis hos

Kami meminta Penyedia Perkhidmatan, di mana sahaja mereka berada di dunia untuk memberitahu kami sama ada mereka bertindak sebagai ‘hos peribadi’ atau sebagai ‘hos profesional’, seperti yang ditakrifkan oleh undang-undang EU.

Undang-undang pengguna EU mengatakan kami perlu memberitahu anda perkara ini. Jadi jika anda berada di Kawasan Ekonomi Eropah (EEA), Switzerland atau United Kingdom, anda mungkin melihat bahawa beberapa Tempat Penginapan dalam hasil carian kami mempunyai label ‘diuruskan oleh hos peribadi’ dan penerangan tentang maksudnya. Semua Tempat Penginapan lain, pada pengetahuan kami, diuruskan oleh ‘hos profesional’.

Label ini tidak mempunyai kaitan dari segi cukai, termasuk VAT dan ‘cukai tidak langsung’ lain yang berkaitan dengan nilai tambah, jualan atau penggunaan.

1J. Penilaian bintang, skor reviu dan penilaian kualiti

Kami tidak memberikan penilaian bintang. Bergantung pada peraturan tempatan, ia diperuntukkan (a) oleh Penyedia Perkhidmatan sendiri atau (b) oleh pihak ketiga yang bebas (cth. organisasi yang memberi skor kepada hotel). Walau bagaimana cara pun, penilaian bintang menunjukkan kepada anda cara Tempat Penginapan mengukur dari segi - antara lain - nilai, kemudahan dan perkhidmatan yang tersedia. Kami tidak mengenakan standard kami sendiri untuk penilaian bintang dan kami tidak menyemak penilaian bintang ini, tetapi jika kami menyedari bahawa penilaian bintang adalah tidak tepat, kami akan meminta Penyedia Perkhidmatan sama ada membuktikan mereka layak menerimanya... atau menyesuaikannya!

Penilaian bintang kelihatan seperti: 1 - 5 bintang kuning di sebelah nama tempat penginapan.

Kami tidak memberikan skor reviu. Pelanggan kami yang memberikannya. Lihat ‘Reviu’ (1F) di atas.

Bagaimana rupa skor reviu: segi empat yang berwarna biru dengan nombor putih di dalamnya (1 - 10).

Kami memberikan penilaian kualiti. Untuk membantu pelanggan mencari Tempat Penginapan yang sesuai untuk mereka, kami memberikan penilaian kualiti kepada Tempat Penginapan tertentu di Platform kami. Setiap penilaian adalah berdasarkan 400+ ciri yang termasuk dalam 5 kategori utama:

  • kemudahan/ameniti/perkhidmatan
  • ‘konfigurasi tempat penginapan’ (cth. saiz unit, bilangan bilik dan penghunian)
  • bilangan dan kualiti foto yang dimuat naik oleh Penyedia Perkhidmatan
  • purata skor reviu (dan subskor yang kami tahu pelanggan mendapati ia amat membantu, seperti kebersihan)
  • data Tempahan sejarah keseluruhan (contohnya, untuk menilai penilaian bintang Tempat Penginapan).

Kami menggunakan ciri ini untuk mengetahui corak statistik dan kami menjalankan analisis menggunakan pembelajaran mesin. Ini secara automatik mengira penilaian kualiti antara 1 dan 5.

Penilaian kualiti kelihatan seperti: Kotak kuning dengan nombor 1 - 5 bersebelahan dengan nama tempat penginapan.

1K. Bantuan dan nasihat - jika perkara yang tidak dijangka berlaku

Jika anda mempunyai sebarang soalan, atau sesuatu tidak berjalan mengikut perancangan, hubungi sahaja kami. Anda boleh melakukan perkara ini dengan mengakses Tempahan anda, atau melalui aplikasi kami, atau melalui Laman Bantuan kami (di mana anda juga akan menemui beberapa Soalan Kerap Ditanya yang berguna). Kami mengendalikan aduan secepat mungkin, menganggap aduan yang paling mendesak sebagai keutamaan tertinggi

Anda boleh mempermudahkan kami untuk membantu anda secepat mungkin - dengan menyediakan:

  • nombor pengesahan Tempahan anda, kod PIN Booking.com anda, maklumat hubungan anda dan alamat emel yang anda gunakan semasa anda menempah penginapan anda
  • ringkasan situasi yang anda perlukan bantuan, termasuk cara anda ingin kami membantu anda
  • sebarang dokumen sokongan (penyata bank, gambar, resit, dll.)

Walau apa pun masalahnya, kami akan melakukan apa yang kami mampu untuk membantu anda.

  • Apakah yang berlaku jika Tempahan tersalah harga? Kadangkala (jarang sekali), anda mungkin melihat harga yang jelas salah di Platform kami. Jika itu berlaku, dan jika anda membuat Tempahan anda sebelum kami membetulkan kesilapan, Tempahan anda mungkin dibatalkan dan kami akan memberi pulangan wang bagi apa-apa yang telah anda bayar.
  • Adakah kami pernah mengeluarkan Penyedia Perkhidmatan daripada Platform kami? Sudah tentu. Kami boleh berbuat demikian jika kami mengetahui bahawa mereka telah melanggar kewajipan kontrak mereka, contohnya, atau mereka telah memberikan penerangan yang tidak tepat tentang Tempat Penginapan mereka (dan gagal membetulkannya apabila kami meminta mereka berbuat demikian).

Untuk maklumat lanjut, lihat ‘Bagaimana jika ada masalah?’ (A15) dan ‘Undang-undang dan forum yang berkenaan’ (A19) di dalam Terma Perkhidmatan kami.

1L. Tempahan berlebihan

Setelah Tempahan anda disahkan, Penyedia Perkhidmatan anda dikehendaki untuk menerimanya. Jika Penyedia Perkhidmatan mempunyai ‘tempahan berlebihan’, mereka bertanggungjawab untuk mencari penyelesaian secepat mungkin - tetapi kami memberi mereka garis panduan serta bantuan praktikal.

Jika mereka tidak dapat memberi anda pilihan yang anda tempah dan mereka tidak boleh menawarkan alternatif yang sesuai kepada anda:

  • anda boleh membatalkan Tempahan anda tanpa sebarang kos (dengan pulangan wang bagi apa-apa yang telah anda bayar)
  • jika anda ingin, kami akan membantu anda memilih Tempat Penginapan alternatif dengan kategori dan harga yang serupa di Platform kami (jika ada) – dan jika ia lebih mahal sedikit, kami akan memberi pulangan wang bagi perbezaan harga apabila anda menghantar kepada kami invois yang anda dapat daripada Penyedia Perkhidmatan baharu anda.

Apabila ia berkaitan dengan pulangan wang...

  • Jika Penyedia Perkhidmatan anda telah mengatur pembayaran anda, kami akan cuba untuk memastikan mereka memberi pulangan wang anda secepat mungkin.
  • Jika kami telah mengatur pembayaran anda, kami akan memberi pulangan wang anda. Dalam 90% kes, wang itu akan dikreditkan di akaun anda dalam masa 5 hari bekerja dari masa apabila:
    • Tempahan asal anda dibatalkan, atau
    • kami mengesahkan invois yang anda hantar kepada kami (untuk menunjukkan bahawa anda menginap di tempat lain).

2. Tempat Tarikan

2A. Definisi dan Siapa kami

Sesetengah perkataan yang anda akan lihat mempunyai makna yang sangat khusus, jadi sila lihat ‘Kamus Booking.com’ dalam Terma Perkhidmatan kami.

Apabila anda menempah Tempat Tarikan, Booking.com B.V. menyediakan dan bertanggungjawab untuk Platform – tetapi bukan Pengalaman Pelancongan itu sendiri (lihat 2B di bawah). Booking.com B.V. ialah sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah undang-undang Belanda (alamat berdaftar: Oosterdokskade 163, 1011 DL, Amsterdam, The Netherlands; nombor Dewan Perniagaan: 31047344; nombor VAT: NL805734958B01).

2B. Bagaimanakah perkhidmatan kami berfungsi?

Kami menyediakan tempat untuk anda mencari dan menempah perkhidmatan Tempat Tarikan.

Apabila anda membuat Tempahan di Platform kami, anda mengikat kontrak dengan Penyedia Perkhidmatan - atau dengan syarikat yang bertindak sebagai perantara/penjual semula.

Maklumat di Platform kami adalah berdasarkan apa-apa yang diberitahu oleh Penyedia Perkhidmatan dan/atau Pengagregat Pihak Ketiga kepada kami. Kami melakukan yang terbaik untuk memberikan maklumat terkini pada setiap masa.

2C. Dengan siapa kami bekerja?

Kami mempunyai hubungan kontrak dengan pelbagai Pengagregat Pihak Ketiga. Hanya Penyedia Perkhidmatan yang mempunyai hubungan langsung dengan mereka akan dipaparkan di Platform kami.

Dalam beberapa kes, Pengagregat Pihak Ketiga tersebut bertindak sebagai perantara kepada Penyedia Perkhidmatan - dan dalam beberapa kes, mereka sebenarnya membeli perkhidmatan Tempat Tarikan dan menjualnya semula.

Penyedia Perkhidmatan dan Pengagregat Pihak Ketiga mungkin juga menawarkan Pengalaman Pelancongan di luar Platform kami (jadi, apa-apa yang ditawarkan oleh Pengagregat Pihak Ketiga di Platform kami mungkin tidak menyeluruh).

Platform kami memberitahu anda jumlah Tempat Tarikan yang boleh anda tempah melalui kami di seluruh dunia - dan halaman hasil carian kami memberitahu anda bilangan daripadanya yang mungkin sesuai untuk anda, berdasarkan apa yang anda beritahu kami.

2D. Bagaimana kami menjana wang?

Kami tidak membeli atau menjual (semula) sebarang produk atau perkhidmatan - apabila anda membuat Tempahan, Pengagregat Pihak Ketiga hanya membayar komisen kepada kami.

Dan kami tidak mengenakan sebarang bayaran tempahan sama sekali.

2E. Sistem saranan kami

Cara Booking.com menggunakan sistem saranan

Kami menggunakan sistem saranan untuk memilih dan/atau meletakkan kedudukan maklumat pada Platform kami untuk membantu anda menemui Pengalaman Pelancongan yang kami fikir anda akan suka. Sebagai contoh, apabila anda melawat halaman pendaratan 'Tempat Tarikan' kami, anda akan menemui beberapa sistem saranan, termasuk:

  • Destinasi berdekatan. Tempat Tarikan berhampiran anda berdasarkan lokasi anda semasa melayar.

Hasil carian kami juga merupakan sistem saranan. Malah, ia adalah sistem saranan yang paling kerap digunakan oleh pelanggan kami, jadi sila lihat 'Kedudukan default kami dan pilihan penyusunan' di bawah.

Semua sistem saranan yang kami gunakan memberikan saranan berdasarkan satu atau lebih faktor utama berikut:

  • Perkara yang anda beritahu kami dalam borang carian: destinasi, tarikh, dll.
  • Sebarang maklumat yang kami kumpulkan berdasarkan cara anda berinteraksi dengan Platform kami: carian anda yang lalu di Platform kami, negara tempat anda berada semasa melayari Paltform, dll.

Untuk memudahkan anda mencari dan menempah Tempat Tarikan, setiap faktor boleh menjadi lebih (atau kurang) penting dalam kes yang berbeza bergantung pada perkara yang kami fikir berkemungkinan besar menghasilkan senarai Tempat Tarikan yang mungkin anda ingin tempah.

Kedudukan default kami - dan pilihan penyusunan

Apabila anda mula-mula mendapat hasil carian anda, ia akan diisih ('disusun') mengikut 'Pilihan utama kami' yang menyarankan Tempat Tarikan dengan cara berikut:

  • Perkhidmatan Tempat Tarikan akan muncul di kedudukan lebih atas bagi halaman jika ramai orang mengkliknya (dalam hasil carian) dan kemudian menempahnya (pada halaman seterusnya). Seperti yang anda boleh bayangkan, orang biasanya lebih cenderung memilih yang mempunyai reviu, ketersediaan, polisi dan harga yang hebat.
  • Jika boleh, kami juga menyesuaikan hasil anda, berdasarkan:
    • Sejarah carian anda di Platform kami. Jika anda telah log masuk, dan ini bukan kali pertama anda di sini, kami mungkin mengubah kedudukan berdasarkan pilihan anda sebelum ini.
    • Sebarang Tempahan lain yang anda ada. Sebagai contoh, jika anda menginap di hotel berdekatan yang anda tempah melalui Booking.com, kami mungkin mengubah kedudukan berdasarkan tempat anda menginap, tempoh anda menginap dan siapa yang berada bersama anda.

Banyak faktor di atas membantu sistem saranan kami menentukan Tempat Tarikan yang mungkin paling menarik dan berkaitan dengan anda. Ada yang memainkan peranan kecil dalam keputusan itu, manakala yang lain memainkan peranan yang besar - dan kepentingan setiap faktor boleh berubah, bergantung pada ciri-ciri Tempat Tarikan, dan pada cara anda dan orang lain menggunakan Platform kami.

Sebagai contoh, kadar klikan (CTR) dan bilangan tempahan Tempat Tarikan sering memainkan peranan yang besar dalam keputusan. Ini kerana ia mencerminkan secara langsung daya tarikan keseluruhan Tempat Tarikan dan sejauh mana tetamunya berpuas hati dengan perkara yang ditawarkannya.

Kadar klikan (CTR) yang tinggi biasanya bermakna Tempat Tarikan memberikan kesan pertama yang baik pada Platform kami (cth. melalui harga atau jenis tarikan) – dan dengan mendapat banyak tempahan, ia menunjukkan bahawa orang mendapati ia benar-benar memenuhi keperluan mereka.

Jarak dari Tempat Penginapan yang anda tempah di Booking.com (jika ada) juga akan mempengaruhi saranan kami.

Jika anda telah mengklik mana-mana Tempat Tarikan pada masa lalu, itu juga akan menjejaskan saranan kami, untuk memudahkan anda mencarinya semula di Platform kami.

Jika anda lebih suka kami tidak mengutamakan Tempat Tarikan berdasarkan faktor yang dinyatakan di atas, anda boleh menyusun hasil anda dengan cara lain, seperti:

  • Paling popular. Perkhidmatan Tempat Tarikan yang telah banyak ditempah dalam tempoh 30 hari yang lalu muncul di kedudukan paling atas bagi halaman.
  • Harga terendah. Perkhidmatan Tempat Tarikan yang kosnya lebih murah dipaparkan di kedudukan lebih atas bagi halaman berbanding perkhidmatan yang lebih mahal.

Mana-mana pilihan penyusunan yang anda pilih, anda akan dapat perhalusi hasil anda menggunakan penapis - seperti:

  • Kategori. Klik cth. ‘Lawatan’ atau ‘Muzium’ jika anda hanya mahu melihat lawatan dan muzium - dan tiada yang lain.
  • Harga. Klik satu atau lebih julat harga jika anda hanya ingin melihat perkhidmatan Tempat Tarikan yang sesuai dengan bajet tersebut.
  • Pembatalan percuma. Klik ini jika anda hanya ingin melihat perkhidmatan Tempat Tarikan yang boleh anda batalkan secara percuma.
  • Bandar. Klik nama bandar jika anda hanya ingin melihat perkhidmatan Tempat Tarikan yang ada di bandar tersebut.

Saranan tersuai

Sesetengah sistem saranan kami membuat saranan tersuai berdasarkan cara anda berinteraksi dengan sistem Booking.com seperti ‘Pilihan utama kami’ dalam hasil carian kami. Jika anda berpangkalan di Kawasan Ekonomi Eropah, anda boleh menukar tetapan anda supaya sistem saranan kami tidak memberikan anda saranan tersuai. Untuk melakukannya - jika anda menggunakan:

  • Laman desktop atau mobile kami: klik 'Urus saranan tersuai' dalam pengaki
  • App kami: tap 'Urus saranan tersuai' dalam banner.

Walaupun anda berbuat demikian, kami mungkin masih menyimpan beberapa maklumat tentang anda supaya kami boleh memberi anda pengalaman yang lebih mudah. Ini mungkin maklumat yang anda berikan (cth. nombor telefon atau alamat e-mel anda), atau yang kami kumpulkan berdasarkan cara anda berinteraksi dengan Platform kami.

Keutamaan anda (tentang saranan tersuai) akan digunakan pada mana-mana peranti yang anda telah log masuk ke akaun Booking.com anda. Jika anda tidak log masuk ke akaun anda, pilihan anda tidak akan digunakan pada peranti lain: ia akan disimpan sebagai sebahagian daripada 'kuki' anda, dan apabila kuki itu tamat tempoh, pilihan anda juga akan tamat tempoh.

2F. Reviu

Apabila anda mendapat berbilang reviu, reviu tersebut akan disenaraikan mengikut 'Paling relevan' (disusun mengikut tarikh, dengan mengutamakan reviu yang termasuk komen). Untuk memastikan reviu yang paling berguna muncul dahulu, setiap faktor boleh menjadi lebih (atau kurang) penting – bergantung pada cara Platform kami berubah dari semasa ke semasa, contohnya.

Jika anda lebih suka kami tidak menyusun reviu mengikut cara default kami, anda boleh mengisihnya berdasarkan faktor lain, seperti:

  • Paling baru dahulu
  • Paling lama dahulu

Semua reviu mesti mematuhi Standard dan Garis Panduan Kandungan kami.

2G. Harga

Kadar yang dipaparkan di Platform kami ditetapkan oleh Penyedia Perkhidmatan dan/atau Pengagregat Pihak Ketiga - tetapi kami mungkin membiayai reward atau ganjaran lain daripada poket kami sendiri.

Apabila anda membuat Tempahan, anda bersetuju untuk membayar kos Pengalaman Pelancongan itu sendiri dan sebarang caj lain yang mungkin dikenakan (cth. untuk sebarang tambahan, insurans atau cukai). Penerangan harga memberitahu anda sama ada sebarang cukai dan caj disertakan atau dikecualikan. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang harga semasa anda membuat tempahan.

Platform kami menyediakan penerangan tentang sebarang peralatan yang ditawarkan oleh Penyedia Perkhidmatan (berdasarkan apa yang mereka beritahu kami). Ia juga memberitahu anda kos yang dikenakan.

Sebarang pertukaran mata wang adalah untuk tujuan maklumat sahaja; kadar sebenar mungkin berbeza.

2H. Pembayaran

Apabila anda membuat Tempahan di Platform kami, Booking.com akan mengatur pembayaran anda. Untuk butiran, lihat ‘Pembayaran’ (A7) di Terma Perkhidmatan kami.

2I. Bantuan dan nasihat - jika perkara yang tidak dijangka berlaku

Jika anda mempunyai sebarang soalan, atau sesuatu tidak berjalan mengikut perancangan, hubungi sahaja kami. Anda boleh melakukan ini dengan mengakses Tempahan anda, atau melalui aplikasi kami, atau melalui Laman Bantuan kami (di mana anda juga akan menemui beberapa Soalan Kerap Ditanya yang berguna)

Anda boleh mempermudahkan kami untuk membantu anda secepat mungkin - dengan menyediakan:

  • nombor pengesahan Tempahan anda, PIN anda, maklumat hubungan anda dan alamat emel yang anda gunakan semasa anda membuat Tempahan anda
  • ringkasan isu, termasuk cara anda ingin kami membantu anda
  • sebarang dokumen sokongan (penyata bank, gambar, resit, dll.)

Walau apa pun masalahnya, kami akan melakukan apa yang kami mampu untuk membantu anda.

Untuk maklumat lanjut, lihat ‘Bagaimana jika ada masalah?’ (A15) dan ‘Undang-undang dan forum yang berkenaan’ (A19) di dalam Terma Perkhidmatan kami.

3. Sewaan kereta

3A. Definisi dan Siapa kami

Sesetengah perkataan yang anda akan lihat mempunyai makna yang sangat khusus, jadi sila lihat ‘Kamus Booking.com’ dalam Terma Perkhidmatan kami.

Apabila anda menempah Sewaan, Booking.com Transport Limited menyediakan dan bertanggungjawab untuk Platform – tetapi bukan Pengalaman Pelancongan itu sendiri (lihat 3B di bawah). Booking.com Transport Limited ialah syarikat yang berdaftar di England dan Wales (nombor syarikat: 05179829; pejabat berdaftar: 6 Goods Yard Street, Manchester, M3 3BG, United Kingdom).

3B. Bagaimanakah perkhidmatan kami berfungsi?

Kami mempermudahkan untuk anda membandingkan Tempahan daripada banyak syarikat sewaan kereta yang berbeza. Maklumat di Platform kami adalah berdasarkan apa-apa yang diberitahu oleh Penyedia Perkhidmatan kepada kami. Kami melakukan yang terbaik untuk memberikan maklumat terkini pada setiap masa.

Platform kami memberitahu anda jumlah Sewaan yang boleh anda tempah melalui kami di seluruh dunia - dan halaman hasil carian kami memberitahu anda bilangan daripadanya yang mungkin sesuai untuk anda, berdasarkan perkara yang anda beritahu kami.

Apabila anda menempah kereta anda, anda mengikat kontrak dengan kami: kami bersetuju untuk mengatur dan menguruskan* Tempahan anda.

Apabila anda menandatangani Perjanjian Sewaan anda di kaunter, anda mengikat kontrak dengan syarikat sewaan: mereka bersetuju untuk menyediakan kereta itu. Anda sudah pun melihat dan menerima semua terma utama (semasa anda menempah kereta).

* Kami bersedia untuk membantu anda jika anda perlu menukar atau membatalkan Tempahan anda, atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan – sebelum, semasa atau selepas Sewaan anda.

3C. Dengan siapa kami bekerja?

Setiap syarikat sewaan di Platform kami ialah rakan niaga yang dipercayai, yang lulus semua ujian kami sebelum kami mula bekerja dengan mereka. Hanya Penyedia Perkhidmatan yang mempunyai hubungan kontrak dengan kami akan dipaparkan di Platform kami. Walau bagaimanapun, mereka mungkin menawarkan Pengalaman Pelancongan di luar Platform kami juga (jadi apa-apa yang mereka tawarkan di Platform kami mungkin tidak menyeluruh).

Kami juga mempunyai pasukan pakar yang melawat syarikat sewaan sebelum mereka dipaparkan di Platform kami.

Semua Penyedia Perkhidmatan di Platform kami adalah pedagang profesional.

3D. Bagaimana kami menjana wang?

Kami menjana wang apabila kami mendapatkan anda Sewaan. Terdapat dua cara kami melakukan ini:

  • kami bersetuju menerima komisen dengan syarikat sewaan untuk perkhidmatan kami; atau
  • kami bersetuju dengan kadar bersih syarikat sewaan dan mengenakan tambahan harga kami sendiri.

Macam mana sekalipun, kami berhasrat untuk menawarkan pelanggan kami banyak pilihan pada harga yang kompetitif. Selain itu, Platform kami adalah percuma untuk anda gunakan.

3E. Sistem saranan kami

Cara Booking.com menggunakan sistem saranan

Kami menggunakan sistem saranan untuk memilih dan/atau meletakkan kedudukan maklumat pada Platform kami untuk membantu anda menemui Pengalaman Pelancongan yang kami fikir anda akan suka. Sebagai contoh, apabila anda melawat halaman pendaratan 'Sewaan kereta' kami, anda akan menemui beberapa sistem saranan, termasuk:

  • Jenama sewaan kereta popular. Syarikat sewaan kereta dengan Tempahan terbanyak.

Hasil carian kami juga merupakan sistem saranan. Malah, ia adalah sistem saranan yang paling kerap digunakan oleh pelanggan kami, jadi sila lihat 'Kedudukan default kami dan pilihan penyusunan' di bawah.

Semua sistem saranan yang kami gunakan memberikan saranan berdasarkan satu atau lebih faktor berikut:

  • Perkara yang anda beritahu kami dalam borang carian: lokasi, tarikh, dll.
  • Sebarang maklumat yang kami kumpulkan berdasarkan cara anda berinteraksi dengan Platform kami: carian anda yang lalu di Platform kami, negara tempat anda berada semasa melayari Paltform, dll.
  • Prestasi Penyedia Perkhidmatan yang berbeza.

Untuk memudahkan anda mencari dan menempah kereta, setiap faktor boleh menjadi lebih (atau kurang) penting dalam kes yang berbeza bergantung pada perkara yang kami fikir berkemungkinan besar menghasilkan senarai kereta yang mungkin anda ingin tempah.

Kedudukan default kami dan pilihan penyusunan

Hasil carian kami memaparkan semua Tempahan sewaan kereta yang sepadan dengan carian anda.

Apabila anda mula-mula mendapat hasil carian anda, ia akan diisih (‘disusun’) mengikut ‘Disarankan’:

  • Disarankan (kedudukan default). Kami tahu perkara yang benar-benar penting bagi seseorang yang menyewa kereta. Oleh itu, di bahagian atas hasil carian kami, terdapat kereta yang kami fikir anda akan suka berdasarkan algoritma sentiasa-berubah yang mengambil kira semua jenis faktor (harga, penilaian, saiz, keuntungan, spesifikasi kereta dan banyak lagi).

Kepentingan relatif setiap faktor ini berubah sepanjang masa untuk memastikan kami menyarankan kereta yang paling sesuai.

Banyak faktor di atas membantu sistem saranan kami menentukan kereta yang mungkin paling menarik dan berkaitan dengan anda. Ada yang memainkan peranan kecil dalam keputusan itu, manakala yang lain memainkan peranan yang besar -- dan kepentingan setiap faktor boleh berubah, bergantung pada ciri-ciri setiap kereta, dan pada cara anda dan orang lain menggunakan Platform kami.

Sebagai contoh, kadar klikan (CTR) dan bilangan tempahan kereta sering memainkan peranan yang besar dalam keputusan. Ini kerana ia mencerminkan daya tarikan keseluruhan kereta itu dan sejauh manakah pelanggan kami berpuas hati apabila mereka mendapat butiran lanjut tentangnya.

Kadar klikan (CTR) yang tinggi biasanya bermakna kereta memberikan kesan pertama yang baik pada Platform kami (cth. melalui harga, lokasi pengambilan, atau syarikat sewaan kereta) – dan dengan mendapat banyak tempahan, ia menunjukkan bahawa ramai orang mendapati ia benar-benar memenuhi keperluan mereka.

Tetapi faktor lain juga memainkan peranan. Sebagai contoh, kami mungkin memberi keutamaan kepada kereta daripada syarikat sewaan kereta yang merupakan sebahagian daripada program Genius kami - atau menawarkan polisi pembayaran yang serba boleh dan mesra pengguna. Lagipun, faktor ini menunjukkan bahawa syarikat sewaan kereta ini memahami betapa pentingnya perkhidmatan dan kemudahan kepada pelanggan kami.

Jika anda lebih suka kami tidak mengutamakan kereta berdasarkan faktor yang dinyatakan di atas, anda boleh mengisih hasil anda dengan cara lain, seperti:

  • Harga (terendah dahulu). Hasilnya kemudian dipaparkan dalam susunan harga dengan pilihan termurah dahulu... bagus dan ringkas.
  • Penilaian. Inilah yang benar-benar dikawal oleh pelanggan kami: kereta diberi kedudukan mengikut penilaian pelanggan mereka, dengan yang tertinggi di tempat pertama. Penilaian tersebut datang terus daripada ‘tinjauan selamat kembali’ yang kami hantar kepada semua orang selepas sewaan mereka, meminta mereka memberikan markah syarikat sewaan kereta mereka daripada 10 di bidang yang paling penting (kakitangan yang membantu, keadaan kereta, nilai untuk wang, dsb.).

Jika anda memilih ‘Harga (terendah dahulu)’ atau ‘Penilaian’, faktor yang diterangkan dalam ‘Disarankan’ masih akan mempengaruhi. Sebagai contoh, faktor tersebut mungkin bertindak sebagai ‘pematah seri’ kedua antara dua atau lebih kereta yang sebaliknya akan muncul di tempat yang sama. Walau bagaimanapun, faktor 'Disarankan' adalah kedua semata-mata - kerana ia hanya digunakan di mana kita perlu menentukan antara dua kereta untuk diutamakan.

Dan mana-mana pilihan penyusunan yang anda pilih, anda akan dapat menggunakan penapis untuk perhalusi hasil anda.

3F. Reviu

Selepas Sewaan anda, anda akan diminta untuk meninggalkan reviu, yang kemudiannya mungkin:

  • dimuat naik ke Platform kami untuk membantu pelanggan lain membuat pilihan yang tepat untuk mereka*
  • digunakan untuk tujuan pemasaran (di Platform kami, di media sosial, dalam surat berita, dll.)*
  • dikongsi dengan syarikat sewaan anda untuk membantu mereka (dan kami) menyediakan perkhidmatan yang lebih baik**.

Kami akan memaparkan setiap reviu pengguna yang kami terima, sama ada positif atau negatif melainkan ia melanggar Standard dan Garis Panduan Kandungan kami.

Apabila terdapat banyak reviu, kami akan menunjukkan yang terbaharu di bahagian atas. Sila ambil perhatian bahawa pada app kami, kami hanya menunjukkan skor dan bukannya komen.

* Kami tidak akan menggunakan nama penuh atau alamat anda.

** Untuk membantu syarikat sewaan meningkatkan perkhidmatan mereka, kami perlu memberitahu mereka tentang Sewaan yang mendapat reviu tersebut.

3G. Harga

Kadar yang dipaparkan di Platform kami ditetapkan oleh Penyedia Perkhidmatan atau kami - tetapi kami mungkin membiayai reward atau ganjaran lain daripada poket kami sendiri.

Apabila anda membuat Tempahan, anda bersetuju untuk membayar kos Pengalaman Pelancongan itu sendiri dan sebarang caj lain yang mungkin dikenakan (cth. untuk sebarang tambahan, insurans atau cukai). Cukai dan bayaran mungkin berbeza atas sebab yang berbeza, seperti lokasi Penyedia Perkhidmatan, lokasi pengambilan atau aktiviti yang anda rancang untuk lakukan dengan Sewaan anda. Penerangan harga memberitahu anda cukai (jika ada) yang disertakan. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang harga semasa anda membuat tempahan.

Platform kami menyediakan penerangan tentang sebarang peralatan yang ditawarkan oleh Penyedia Perkhidmatan (berdasarkan apa yang mereka beritahu kami). Ia juga memberitahu anda kos yang dikenakan.

Sebarang pertukaran mata wang adalah untuk tujuan maklumat sahaja; kadar sebenar mungkin berbeza.

3H. Pembayaran

Apabila anda menempah Sewaan di Platform kami, Booking.com akan mengatur pembayaran anda. Untuk butiran, lihat ‘Pembayaran’ (A7) di Terma Perkhidmatan kami.

3I. Bantuan dan nasihat - jika perkara yang tidak dijangka berlaku

Jika anda mempunyai sebarang soalan, atau sesuatu yang tidak berjalan mengikut perancangan, hubungi sahaja kami. Jika pertanyaan mengenai sesuatu yang berlaku semasa Sewaan anda, kami akan dapat membantu anda dengan lebih cepat jika anda memberikan:

  • nombor rujukan Tempahan anda, dan alamat emel yang anda gunakan semasa anda menempah kereta anda
  • ringkasan isu, termasuk cara anda ingin kami membantu anda
  • butiran mengenai apa-apa yang anda telah dikenakan caj
  • sebarang dokumen sokongan (penyata bank, perjanjian sewaan, invois akhir, dokumentasi kerosakan, gambar, pas masuk, resit, dll.).

Jika anda berbuat demikian, salah seorang ejen kami akan menghubungi anda secepat mungkin. Mereka mungkin perlu bertanya kepada anda untuk beberapa maklumat lanjut.

Walau apa pun masalahnya, kami akan melakukan apa yang kami mampu untuk membantu anda.

Untuk maklumat lanjut, lihat ‘Bagaimana jika ada masalah?’ (A15) dan ‘Undang-undang dan forum yang berkenaan’ (A19) di dalam Terma Perkhidmatan kami.

4. Penerbangan

4A. Definisi dan Siapa kami

Sesetengah perkataan yang anda akan lihat mempunyai makna yang sangat khusus, jadi sila lihat ‘Kamus Booking.com’ dalam Terma Perkhidmatan kami.

Apabila anda menempah Penerbangan, Booking.com B.V. menyediakan dan bertanggungjawab untuk Platform – tetapi bukan Pengalaman Pelancongan itu sendiri (lihat 4B di bawah). Booking.com B.V. ialah sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah undang-undang Belanda (alamat berdaftar: Oosterdokskade 163, 1011 DL, Amsterdam, The Netherlands; nombor Dewan Perniagaan: 31047344; nombor VAT: NL805734958B01).

4B. Bagaimanakah perkhidmatan kami berfungsi?

Kami menyediakan tempat untuk anda mencari dan menempah Penerbangan.

Apabila anda membuat Tempahan di Platform kami, anda mengikat kontrak dengan Penyedia Perkhidmatan dan Pengagregat Pihak Ketiga

Maklumat di Platform kami adalah berdasarkan apa-apa yang diberitahu oleh Penyedia Perkhidmatan dan/atau Pengagregat Pihak Ketiga kepada kami. Kami melakukan yang terbaik untuk memberikan maklumat terkini pada setiap masa.

4C. Dengan siapa kami bekerja?

Kami mempunyai hubungan kontrak dengan pelbagai Pengagregat Pihak Ketiga yang bertindak sebagai perantara kepada Penyedia Perkhidmatan. Hanya Penyedia Perkhidmatan yang mempunyai hubungan langsung dengan mereka akan dipaparkan di Platform kami.

Penyedia Perkhidmatan dan Pengagregat Pihak Ketiga mungkin juga menawarkan Pengalaman Pelancongan di luar Platform kami (jadi, apa-apa yang ditawarkan oleh mereka di Platform kami mungkin tidak menyeluruh).

Platform kami memberitahu anda jumlah Penerbangan yang boleh anda tempah melalui kami di seluruh dunia - dan halaman hasil carian kami memberitahu anda bilangan daripadanya yang mungkin sesuai untuk anda, berdasarkan perkara yang anda beritahu kami.

4D. Bagaimana kami menjana wang?

Kami tidak membeli atau (menjual semula) sebarang produk atau perkhidmatan. Apabila orang menempah Penerbangan di Platform kami, Pengagregat Pihak Ketiga akan membayar komisen kepada kami.

4E. Sistem saranan kami

Cara Booking.com menggunakan sistem saranan

Kami menggunakan sistem saranan untuk memilih dan/atau meletakkan kedudukan maklumat tersedia pada Platform kami untuk membantu anda menemui destinasi yang kami fikir anda akan suka. Sebagai contoh, apabila anda melawat halaman pendaratan 'Penerbangan' kami, anda akan menemui beberapa sistem saranan, termasuk:

  • Bandar trending. Destinasi yang mungkin ingin anda lawati, berdasarkan negara yang anda kunjungi semasa menyemak imbas.

Sistem saranan yang kami gunakan adalah berdasarkan satu atau lebih faktor utama di bawah:

  • Maklumat yang anda beritahu kami dalam borang carian: destinasi yang anda ingin pergi, waktu anda ingin mengembara, dll.
  • Sebarang maklumat yang kami kumpulkan berdasarkan cara anda berinteraksi dengan Platform Booking.com, cth. sejarah carian anda atau negara yang anda berada semasa melayari.

Untuk memudahkan anda mencari dan menempah penerbangan, setiap faktor boleh menjadi lebih (atau kurang) penting dalam kes yang berbeza bergantung pada perkara yang kami fikir berkemungkinan besar menghasilkan senarai penerbangan yang mungkin anda ingin tempah.

Hasil carian kami juga merupakan sistem saranan. Malah, ia adalah sistem saranan yang paling kerap digunakan oleh pelanggan kami, jadi sila lihat 'Kedudukan default kami dan pilihan penyusunan' di bawah.

Kedudukan default kami dan pilihan penyusunan

Hasil carian kami memaparkan semua Penerbangan yang sepadan dengan carian anda.

Apabila anda mula-mula mendapat hasil carian anda, ia akan diisih (‘disusun’) mengikut ‘Terbaik’:

  • Terbaik (kedudukan default). Untuk berada paling atas di halaman, Penerbangan perlu melakukannya dengan baik dalam setiap bidang ini: harga, masa perjalanan, bilangan perhentian dan elaun bagasi.

Banyak faktor di atas membantu sistem saranan kami menentukan penerbangan yang mungkin paling menarik dan berkaitan dengan anda. Ada yang memainkan peranan kecil dalam keputusan itu, manakala yang lain memainkan peranan yang besar -- dan kepentingan setiap faktor boleh berubah, bergantung pada ciri-ciri Penerbangan, dan pada cara anda dan orang lain menggunakan Platform kami.

Sebagai contoh, kami mungkin memberi lebih penekanan kepada masa perjalanan keseluruhan (berbanding jumlah perhentian) jika kami melihat ia lebih serasi dengan pelancong kami.

Jika anda inginkan, anda boleh menyusun hasil anda dengan cara lain:

  • Termurah. Penerbangan dengan harga yang lebih rendah dipaparkan di kedudukan lebih atas.
  • Terpantas. Penerbangan dengan masa perjalanan yang lebih pendek dipaparkan di kedudukan lebih atas.

Jika anda memilih ‘Termurah’ atau ‘Terpantas’, faktor yang diterangkan dalam ‘Terbaik’ masih akan mempengaruhi. Sebagai contoh, faktor tersebut mungkin bertindak sebagai ‘pematah seri’ antara dua atau lebih Penerbangan yang sebaliknya akan muncul di tempat yang sama.

Mana-mana pilihan penyusunan yang anda pilih, anda akan dapat perhalusi hasil anda menggunakan penapis - seperti:

  • Perhentian. Klik pilihan untuk memberitahu kami sama ada anda akan mempertimbangkan penerbangan dengan satu perhentian (atau berbilang perhentian).
  • Tempoh. Gunakan peluncur untuk memberitahu kami masa perjalanan maksimum anda.
  • Syarikat Penerbangan. Klik satu atau lebih nama untuk memberitahu kami syarikat penerbangan yang anda ingin pilih untuk Penerbangan anda.

4F. Harga

Kadar yang dipaparkan di Platform kami ditetapkan oleh Penyedia Perkhidmatan dan/atau Pengagregat Pihak Ketiga - tetapi kami mungkin membiayai reward atau ganjaran lain daripada poket kami sendiri.

Apabila anda membuat Tempahan, anda bersetuju untuk membayar kos Pengalaman Pelancongan itu sendiri dan sebarang caj lain yang mungkin dikenakan (cth. untuk sebarang tambahan, insurans atau cukai). Penerangan harga memberitahu anda sama ada sebarang bayaran dan caj disertakan atau dikecualikan. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang harga semasa anda membuat tempahan.

Platform kami menyediakan penerangan tentang sebarang peralatan yang ditawarkan oleh Penyedia Perkhidmatan (berdasarkan apa yang mereka beritahu kami). Ia juga memberitahu anda kos yang dikenakan.

Sebarang pertukaran mata wang adalah untuk tujuan maklumat sahaja; kadar sebenar mungkin berbeza.

4G. Pembayaran

Apabila anda membuat Tempahan di Platform kami, pembayaran anda boleh diatur oleh kami atau oleh Pengagregat Pihak Ketiga. Untuk butiran, lihat ‘Pembayaran’ (A7) di Terma Perkhidmatan kami.

4H. Bantuan dan nasihat - jika perkara yang tidak dijangka berlaku

Sebaik sahaja anda telah membuat Tempahan, hubungi sahaja kami jika anda mempunyai sebarang soalan atau sesuatu yang tidak mengikut rancangan. Anda boleh melakukan ini dengan mengakses Tempahan anda, atau melalui aplikasi kami, atau melalui Laman Bantuan kami (di mana anda juga akan menemui beberapa Soalan Kerap Ditanya yang berguna)

Anda boleh mempermudahkan kami untuk membantu anda secepat mungkin - dengan menyediakan:

  • nombor Rujukan Pelanggan anda, PIN Booking.com anda, maklumat hubungan anda dan alamat emel yang anda gunakan semasa anda membuat Tempahan anda
  • ringkasan isu, termasuk cara anda ingin kami membantu anda
  • sebarang dokumen sokongan (penyata bank, gambar, resit, dll.)

Walau apa pun masalahnya, kami akan melakukan apa yang kami mampu untuk membantu anda.

Untuk maklumat lanjut, lihat ‘Bagaimana jika ada masalah?’ (A15) dan ‘Undang-undang dan forum yang berkenaan’ (A19) di dalam Terma Perkhidmatan kami.

5. Pengangkutan Peribadi dan Awam

5A. Definisi dan Siapa kami

Sesetengah perkataan yang anda akan lihat mempunyai makna yang sangat khusus, jadi sila lihat ‘Kamus Booking.com’ dalam Terma Perkhidmatan kami.

Apabila anda menempah perkhidmatan pengangkutan, Booking.com Transport Limited menyediakan dan bertanggungjawab untuk Platform – tetapi bukan Pengalaman Pelancongan itu sendiri (lihat 5B di bawah). Booking.com Transport Limited ialah syarikat yang berdaftar di England dan Wales (nombor syarikat: 05179829; pejabat berdaftar: 6 Goods Yard Street, Manchester, M3 3BG, United Kingdom).

5B. Bagaimanakah perkhidmatan kami berfungsi?

Kami memudahkan anda membandingkan Tempahan daripada penyedia pengangkutan darat awam dan peribadi. Apabila anda membuat carian, kami akan menapis hasil carian supaya anda hanya melihat kenderaan yang paling sesuai dalam setiap kategori, berdasarkan perkara yang anda beritahu kami.

Penyedia perkhidmatan ialah syarikat bebas: kami tidak memilikinya dan kami tidak mengawal perkhidmatan yang anda tempah di Platform kami. Maklumat di Platform kami adalah berdasarkan apa-apa yang diberitahu oleh Penyedia Perkhidmatan kepada kami. Kami melakukan yang terbaik untuk memberikan maklumat terkini pada setiap masa.

Kami di sini untuk memberikan bantuan atau sokongan: sebelum, semasa atau selepas lawatan anda. Lihat 'Bantuan dan nasihat - jika perkara yang tidak dijangka berlaku' (5I) di bawah.

5C. Dengan siapa kami bekerja?

Hanya Penyedia Perkhidmatan yang mempunyai hubungan kontrak dengan kami akan dipaparkan di Platform kami. Walau bagaimanapun, mereka mungkin menawarkan Pengalaman Pelancongan di luar Platform kami juga (jadi apa-apa yang mereka tawarkan di Platform kami mungkin tidak menyeluruh).

Semua Penyedia Perkhidmatan di Platform kami adalah pedagang profesional. Kami menjalankan pemeriksaan berkala untuk memastikan mereka terus memenuhi piawaian yang diperlukan.

5D. Bagaimana kami menjana wang?

Kami tidak membeli atau (menjual semula) sebarang produk atau perkhidmatan - apabila anda membuat Tempahan, kami bersetuju menerima komisen dengan penyedia pengangkutan untuk perkhidmatan kami.

Dan kami tidak mengenakan sebarang bayaran tempahan sama sekali.

5E. Sistem saranan kami

Cara Booking.com menggunakan sistem saranan

Kami menggunakan sistem saranan untuk memilih dan/atau meletakkan kedudukan maklumat pada Platform kami untuk membantu anda menemui perkhidmatan pengangkutan yang kami fikir anda akan suka.

Sistem saranan yang kami gunakan adalah berdasarkan satu atau kedua-dua faktor utama ini:

  • Perkara yang anda beritahu kami dalam borang carian: destinasi, tarikh, dll.
  • Prestasi penyedia pengangkutan yang berbeza.

Kepentingan relatif setiap faktor berubah sepanjang masa.

Apabila anda membuat carian di Platform kami, kami menunjukkan pilihan yang paling sesuai di bahagian atas halaman. Maksudnya:

  • Pengangkutan Peribadi. Kedudukan adalah berdasarkan harga dan apa-apa yang terbaik untuk pihak saiz anda - serta ketersediaan (di lokasi tersebut, pada masa anda memerlukannya).
  • Kereta api dan bas. Kami menunjukkan kepada anda hasil terbaik untuk perjalanan yang anda ingin lakukan, pada masa yang anda mahu lakukan.

5F. Reviu

Selepas Perjalanan anda, anda akan diminta untuk meninggalkan reviu, yang kemudiannya mungkin:

  • dimuat naik ke Platform kami untuk membantu pelanggan lain membuat pilihan yang tepat untuk mereka*
  • digunakan untuk tujuan pemasaran (di Platform kami, di media sosial, dalam surat berita, dll.)*
  • dikongsi dengan Penyedia Perkhidmatan anda untuk membantu mereka (dan kami) menyediakan perkhidmatan yang lebih baik**.

Kami tidak menerbitkan reviu yang melanggar Standard dan Garis Panduan Kandungan kami.

* Kami tidak akan menggunakan nama penuh atau alamat anda.

** Untuk membantu Penyedia Perkhidmatan meningkatkan perkhidmatan mereka, kami perlu memberitahu mereka tentang Perjalanan yang mendapat reviu tersebut.

5G. Harga

Harga setiap Tempahan di Platform kami terdiri daripada (a) kadar asas yang ditetapkan oleh Penyedia Perkhidmatan dan (b) komisen kami yang kami setujui dengan Penyedia Perkhidmatan. Kami juga mungkin membiayai reward atau ganjaran lain daripada poket kami sendiri.

Apabila anda membuat tempahan, anda bersetuju untuk membayar kos Pengalaman Pelancongan itu sendiri dan sebarang caj lain yang mungkin dikenakan (cth. untuk sebarang bayaran tol atau menunggu). Cukai dan bayaran mungkin berbeza atas sebab yang berbeza, seperti lokasi Penyedia Perkhidmatan. Semua harga termasuk sebarang cukai dan caj yang dikenakan. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang harga semasa anda membuat tempahan.

Sebarang pertukaran mata wang adalah untuk tujuan maklumat sahaja; kadar sebenar mungkin berbeza.

5H. Pembayaran

Apabila anda menempah bas, kereta api atau Pengangkutan Peribadi di Platform kami, Booking.com akan mengatur pembayaran anda. Untuk butiran, lihat ‘Pembayaran’ (A7) di Terma Perkhidmatan kami.

5I. Bantuan dan nasihat - jika perkara yang tidak dijangka berlaku

Walau apa pun masalahnya, kami akan melakukan apa yang kami mampu untuk membantu anda.

Jadi, jika anda mempunyai sebarang soalan, atau sesuatu tidak berjalan mengikut perancangan, Hubungi sahaja kami. Jika ia mengenai sesuatu yang berlaku semasa Perjalanan anda, sila berikan nombor rujukan Tempahan anda dan maklumat hubungan anda. Kami menyelesaikan sebahagian besar isu dalam masa 14 hari - dan anda boleh membantu kami mempercepatkannya dengan menyediakan sebarang dokumen yang berkaitan atau maklumat lain apabila anda menghubungi kami buat pertama kali.

Untuk maklumat lanjut, lihat ‘Bagaimana jika ada masalah?’ (A15) dan ‘Undang-undang dan forum yang berkenaan’ (A19) di dalam Terma Perkhidmatan kami.

  翻译: