Tips keselamatan untuk rakan niaga
Tips untuk pastikan anda dan penginapan anda dilindungi
Kami memandang serius terhadap keselamatan rakan niaga kami di Booking.com. Kami berusaha untuk membantu anda mengalu-alukan tetamu berkualiti tinggi: kami mempunyai proses keselamatan yang mendalam, yang termasuk pengesahan dan pemeriksaan penipuan.
Ianya penting untuk sentiasa bersiap sedia. Inilah sebab kami juga menggalakkan anda untuk mengambil langkah pengawasan untuk keselamatan diri sebagai hos. Ini adalah beberapa tips untuk pastikan pengalaman anda sebagai hos berjalan dengan lancar.
Pertanyaan tentang menjadi hos?
Partner Hub kami menyediakan jawapan untuk soalan-soalan utama anda. Ia meliputi segalanya dari cara mencari maklumat tempahan ke cara untuk mengemas kini ketersediaan penginapan anda. Melalui tutorial, panduan dan video, platform inilah di mana anda boleh dapatkan bantuan yang anda perlukan untuk mengurus perkongsian anda bersama Booking.com.
Aktifkan 2FA di akaun anda
2FA (pengesahan dua faktor) menambah lapisan keselamatan tambahan kepada akaun anda. Sekiranya nama pengguna dan kata laluan dikompromi, Booking.com akan menghantar kod pengesahan yang unik ke peranti mobile anda, yang perlu dihantar sebelum membenarkan akses ke akaun anda.
Kekalkan keselamatan sebagai hos
Tetapkan jangkaan yang jelas
Semasa menetapkan profil hos anda, pastikan ia jelas dan banyak memberikan maklumat tentang ciri-ciri penginapan anda dan kawasan sekitarnya. Jika anda menyewakan rumah peribadi anda, kami cadangkan agar anda menyambut tetamu bila mereka tiba dan memberi panduan tentang tempat penginapan serta kawasan sekitarnya.
Kenali tetamu yang akan datang
Gunakan sistem pemesejan kami untuk berkomunikasi dengan tetamu anda sebelum mereka menginap. Ini adalah peluang untuk menenangkan fikiran masing-masing dan untuk berikan maklumat tambahan (seperti cara daftar masuk). Jangan segan untuk tanya soalan tentang jumlah tetamu yang akan datang, tujuan lawatan mereka, atau sama ada ia adalah pertama kali mereka menyewa tempat penginapan. Kami sarankan untuk tidak berikan maklumat hubungan peribadi anda kepada tetamu sehingga anda berdua telah bertemu – cuba pastikan segala komunikasi adalah melalui platform kami.
Tetapkan peraturan
Kami sarankan anda cipta peraturan yang menetapkan standard bagi tingkah laku tetamu anda. Beberapa tema biasa yang anda boleh ketengahkan termasuk haiwan peliharaan, rokok, parti dan juga bunyi bising. Anda boleh buat pilihan ini di ekstranet, atau tinggalkan salinan tercetak di tempat penginapan anda.
Tetapkan keperluan bagi tetamu anda
Untuk pastikan anda menerima tempahan sebenar, kami memerlukan tetamu untuk sediakan alamat emel yang sah, maklumat kad kredit dan untuk mempunyai sejarah penginapan yang baik. Untuk berikan anda lebih kawalan bagi siapa yang boleh menempah penginapan anda, anda juga boleh tetapkan keperluan tambahan bagi tetamu di ekstranet.
Pastikan keselamatan tetamu anda
Ini adalah beberapa cadangan untuk menyediakan penginapan anda bagi keselamatan tetamu. Jangan lupa bahawa anda mungkin perlu ambil langkah-langkah pengawasan tambahan, bergantung pada keadaan masing-masing.
- Berunding dengan pihak kerajaan atau majlis perbandaran tempatan anda untuk tanya tentang standard keselamatan yang perlu dipatuhi.
- Jika anda menyewakan rumah anda, maklumkan jiran-jiran anda sebelum menerima tetamu.
- Sediakan maklumat tempatan penting kepada tetamu anda seperti nombor telefon bagi perkhidmatan kecemasan, dan peraturan bagi makanan dan air minuman.
Jika anda ingin ketahui lebih lanjut tentang proses memastikan keselamatan di penginapan anda, sila baca artikel kami tentang tips keselamatan dan kecemasan.
Pencegahan Kebakaran dan Karbon Monoksida
- Pastikan pintu keluar kecemasan anda boleh dilihat, tiada sebarang halangan baginya dan bahawa ia dinyatakan di pelan pemindahan penginapan anda.
- Letakkan pemadam api di tempat mudah diakses dan semaknya dengan kerap. Pasang pengesan asap dan karbon monoksida di semua aras, dan kami cadangkan anda untuk memasang sistem renjisan.
- Pastikan dapur gas, pemanas air dan alat-alat elektrik lain kerap dibersih dan disemak. Anda juga perlu pastikan injap untuk menutup gas mudah diakses.
Keselamatan elektrik dan perihal bahaya yang lain
- Tutup soket elektrik yang tidak digunakan dengan penutup keselamatan.
- Semak barang-barang anda secara kerap untuk suis, plag dan kord yang rosak.
- Gantikan kord dan wayar apabila ia sudah lapuk, dan pastikan ia tidak ditutup, terletak jauh dari barang-barang lain.
Keselamatan kanak-kanak
- Pasang kunci keselamatan kanak-kanak dan pagar yang boleh dikeluarkan untuk pintu, tingkap, almari, peralatan dan apa-apa bahaya untuk seseorang jatuh.
- Semak semula semua bahagian tangga, balkoni, anjung dan laluan berjalan untuk pastikan ia kuat dan dipasang dengan baik.
- Sediakan maklumat hubungan bagi bilik kecemasan dan pusat pediatrik tempatan kepada tetamu anda.
Pastikan penginapan anda kekal selamat
Siapkan penginapan anda
Letakkan barangan bernilai atau peribadi dalam peti selamat jika anda menyewakan rumah peribadi anda. Jika anda inginkan lebih penenteraman bahawa penginapan anda dilindungi dan jangkaan tetamu ditangani, anda juga boleh tetapkan polisi deposit kerosakan.
Semak insurans anda
Kemungkinan tetamu akan merosakkan penginapan anda adalah sangat rendah tetapi kami sarankan anda untuk mengambil insurans untuk melindungi diri anda daripada kejadian yang tidak diduga. Insurans biasa bagi pemilik rumah tidak semestinya meliputi sewaan jangka pendek kepada orang lain. Sila hubungi penyedia insurans anda untuk ketahui jika anda perlukan perlindungan tambahan.
Adakah sebarang maklumat yang tidak lengkap? /
Terima kasih kerana berkongsi
Apakah maklumat yang anda jangkakan untuk lihat di laman ini?
Terima kasih kerana berkongsi
Maklum balas anda akan membantu kami memperbaiki laman ini untuk semua tetamu dan rakan niaga kami.
Maaf, terdapat ralat. Sila cuba lagi.
Pastikan akaun anda selamat
Cara untuk kekal selamat secara online
Kami sentiasa menilai ancaman online dan mengukuhkan keselamatan kami untuk terus maju. Kami menggunakan prosedur keselamatan yang sedia ada untuk melindungi akaun Booking.com anda.
Sebagai pengguna platform kami, anda juga boleh bantu kami pastikan akaun dan identiti anda dilindungi dengan menyemak emel, teks (SMS) atau mesej WhatsApp yang mengandungi pautan dan/atau lampiran, yang meminta anda untuk log masuk ke akaun Booking.com anda atau memerlukan anda untuk masukkan maklumat peribadi atau kewangan. Ketahui lebih lanjut tentang phishing.
Penipu juga mungkin cuba untuk dapatkan akses kepada maklumat akaun anda melalui panggilan telefon atau secara langsung, sesuatu teknik yang dipanggil kejuruteraan sosial.
Jika anda mendapati aktiviti yang mencurigakan pada bila-bila masa, sila laporkannya kepada kami dengan segera.
Lindungi akaun anda dengan 2FA
Aktifkan 2FA bagi akaun anda
2FA (pengesahan dua faktor) menambah lapisan tambahan bagi keselamatan akaun anda. Sekiranya nama pengguna dan kata laluan dikompromi, Booking.com akan menghantar kod pengesahan yang unik ke peranti mobile anda, yang perlu dihantar sebelum membenarkan akses ke akaun anda.
Jangan lupa bahawa wakil khidmat rakan niaga kami hanya akan minta anda untuk mengongsi ID penginapan anda. Wakil khidmat rakan niaga kami tidak akan minta anda untuk berikan kata laluan bagi akaun Booking.com anda atau sebarang maklumat kewangan yang sensitif, seperti nombor kad kredit anda.
Ingin ketahui lebih lanjut?
Sila lihat artikel kami, Cara untuk elakkan penggunaan akaun anda tanpa kebenaran, untuk dapatkan tips tentang keselamatan.
Apa yang anda boleh lakukan jika berlaku masalah
Sekiranya berlaku sesuatu masalah, kami sedia membantu. Kami akur bahawa kadangkala, anda ingin menyelesaikan masalah anda sendiri. Dalam bahagian ini, terdapat garis panduan untuk diikuti sekiranya timbul isu serta langkah-langkah yang akan kami ambil untuk membantu anda.
Jika sesuatu yang tidak diduga berlaku dan anda memerlukan bantuan dengan tempahan, pasukan khidmat rakan niaga kami sedia membantu anda. Pasukan tersebut paling berkesan jika dihubungi semasa tetamu sedang menginap di tempat penginapan anda. Langkah pertama yang anda seharusnya lakukan adalah untuk menghubungi tetamu dan cuba selesaikan isu dengan berkomunikasi dengan mereka.
Salah laku tetamu
- Laporkannya kepada penguatkuasa undang-undang dahulu: Jika tetamu berkelakuan kasar, sama ada dari segi verbal atau fizikal, sila hubungi pegawai penguatkuasa undang-undang dengan segera. Sila simpan sebarang laporan pihak polis atau dokumen lain yang anda terima kerana ia mungkin berguna bagi kes anda pada masa hadapan.
- Kemudian, laporkannya kepada kami: Jika berlakunya kelakuan kasar, salah laku tetamu atau aktiviti-aktiviti lain yang menyalahi undang-undang, adalah penting untuk kami dimaklumkan. Sila laporkannya kepada kami agar kami dapat bantu melindungi anda dan rakan niaga kami yang lain pada masa hadapan.
Penyimpanan deposit kerosakan anda
Jika anda telah mengambil deposit kerosakan, anda berhak menyimpannya untuk kes-kes di mana kerosakan telah terbukti disebabkan oleh tetamu.
Usaha-usaha bantuan bencana
Kami sentiasa mencari cara-cara baru untuk menyokong rakan niaga dan tetamu kami apabila berlakunya sesuatu masalah. Pasukan kami bekerjasama dengan pegawai kerajaan dan organisasi di seluruh dunia untuk sokong usaha bantuan bencana di lokasi.
Jika berlakunya bencana alam atau ancaman keselamatan, Booking.com akan menilai impak kejadian tersebut terhadap anda sebagai sebahagian daripada respons krisis kami. Anda boleh menjangkakan kami untuk menghubungi anda bagi memastikan jika anda selamat (dan masih dapat mengalu-alukan tetamu).
Adakah sebarang maklumat yang tidak lengkap? /
Terima kasih kerana berkongsi
Apakah maklumat yang anda jangkakan untuk lihat di laman ini?
Terima kasih kerana berkongsi
Maklum balas anda akan membantu kami memperbaiki laman ini untuk semua tetamu dan rakan niaga kami.
Maaf, terdapat ralat. Sila cuba lagi.