
Tambah atau keluarkan peserta Pustaka Foto Dikongsi iCloud dalam Foto pada Mac
Jika anda pengelola Pustaka Dikongsi, anda boleh menambahkan dan mengeluarkan peserta.
Tambah peserta ke Pustaka Dikongsi
Dalam app Foto
pada Mac anda, pilih Foto > Seting, kemudian klik Pustaka Dikongsi.
Klik Tambah Peserta.
Taipkan nama ahli keluarga atau rakan dengan Apple ID, klik nama untuk memilihnya, kemudian klik Tambah.
Anda boleh mengulang langkah ini untuk menjemput sehingga lima orang ahli keluarga atau rakan.
Orang yang anda jemput (atau jemput semula) menerima e-mel meminta mereka untuk menyertai Pustaka Dikongsi.
Untuk menghantar jemputan lain kemudian, klik butang Lagi bersebelahan orang yang anda mahu jemput, kemudian pilih Hantar Semula Jemputan.
Keluarkan peserta daripada Pustaka Dikongsi
Apabila anda mengeluarkan peserta daripada Pustaka Dikongsi anda, mereka menerima pemberitahuan dan boleh menyalin semua item dalam Pustaka Dikongsi ke Pustaka Peribadi mereka. Peserta tidak boleh mengeluarkan peserta lain.
Nota: Jika peserta telah menjadi sebahagian daripada Pustaka Dikongsi untuk kurang dari 7 hari, mereka hanya boleh mengambil item yang mereka sumbangkan.
Dalam app Foto
pada Mac anda, pilih Foto > Seting, kemudian klik Pustaka Dikongsi.
Klik butang Lagi
bersebelahan orang yang anda mahu keluarkan, kemudian pilih Keluarkan.
Klik Keluarkan daripada Pustaka Dikongsi.
Jika kemudian anda mahukan seseorang untuk menyertai semula Pustaka Dikongsi, anda perlu menjemput mereka lagi.