
Lihat memori dalam Foto pada Mac
Foto mencipta koleksi diperibadikan untuk foto dan video anda yang dipanggil memori. Memori menampilkan orang, tempat dan peristiwa signifikan yang diurus dan disetkan kepada muzik berdasarkan kandungan memori. Anda juga boleh mencipta memori daripada foto dalam pustaka anda dan berkongsinya dengan rakan dan keluarga anda.

Mainkan memori
Dalam app Foto
pada Mac anda, klik Memori dalam bar sisi, kemudian skrol untuk melihat memori.
Dwiklik memori.
Semasa memori dimainkan, lakukan mana-mana daripada berikut:
Mulakan atau berhenti memainkan memori: Klik butang Main
atau tekan bar Space.
Skrol ke foto individu dalam memori: Tekan kekunci Anak Panah Kanan atau Anak Panah Kiri, atau leret ke kiri atau ke kanan pada trackpad. Anda juga boleh meleret jalur filem untuk menskrol dengan cepat ke hadapan atau ke belakang.
Paparkan foto memori dalam grid: Klik butang Memori Grid
. Dengan grid dipaparkan, anda boleh memilih foto dan berkongsinya, menambahnya ke album lain dan memadamkannya. Dwiklik foto untuk memulakan memori yang dimainkan pada foto itu.
Berhenti memainkan memori dan keluar daripada memori: Klik anak panah kiri
dalam bar alat.
Cipta memori
Anda boleh mencipta memori anda sendiri daripada album.
Dalam app Foto
pada Mac anda, pilih album dalam bar sisi, kemudian klik Mainkan Video Memori.
Untuk menambah memori baharu ke Memori, klik butang Tambah Kegemaran
dalam bar alat.
Memori baharu ini kelihatan antara memori kegemaran anda dalam Memori. Jika anda mahu memori kelihatan dengan memori lain anda, klik butang Tambah ke Kegemaran
lagi untuk mengeluarkan memori sebagai kegemaran.
Kongsi memori
Dalam app Foto
pada Mac anda, klik Memori dalam bar sisi, kemudian skrol ke memori yang anda mahu kongsi.
Dwiklik memori.
Untuk berhenti memainkan memori, tekan bar Space.
Klik butang Kongsi
dalam bar alat.
Pilih cara anda mahu berkongsi memori.
Lihat Gunakan Mesej dan Mail untuk berkongsi foto dan Gunakan AirDrop untuk berkongsi foto.
Petua: Anda juga boleh berkongsi foto dalam memori. Klik butang Grid Memori , pilih foto yang anda mahu kongsi, kemudian klik butang Kongsi
dalam bar alat.
Tambah memori sebagai kegemaran
Dalam app Foto
pada Mac anda, klik Memori dalam bar sisi, kemudian skrol ke memori yang anda mahu jadikan kegemaran.
Dwiklik memori.
Untuk berhenti memainkan memori, tekan bar Space.
Klik butang Tambah ke Kegemaran
dalam bar alat.
Untuk melihat memori kegemaran anda, klik Memori Kegemaran dalam bar alat.