Jika anda tidak boleh membuka tapak web dalam Safari pada Mac
Jika anda tidak dapat membuka tapak web, cuba cadangan ini.
Dalam app Safari pada Mac anda, semak mesej yang muncul ketika halaman gagal untuk dibuka.
Ia mungkin mencadangkan cara untuk selesaikan masalah atau masukkan maklumat yang anda perlukan bagi menyelesaikannya.
Pastikan anda menggunakan alamat yang betul untuk halaman web.
Jika anda menyalin dan menampal alamat, pastikan ia tidak mempunyai aksara tambahan atau aksara yang hilang di permulaan atau penghujung.
Jika tapak web memerlukan sambungan VPN, pastikan ia berfungsi dengan betul.
Lihat Sambungkan Mac anda ke VPN.
Cuba memasukkan /index.html atau /index.htm di penghujung alamatnya.
Pilih Lihat > Muat Semula Halaman.
Jika halaman masih tidak terbuka, keluar dari Safari, buka ia semula, kemudian cuba lagi.
Cuba lagi pada masa berbeza.
Pelayan tapak web mungkin sibuk, atau tapak web mungkin tidak tersedia buat sementara waktu.
Hubungi pentadbir rangkaian anda untuk bantuan.
Jika anda menyambung kepada internet menggunakan rangkaian korporat atau perusahaan, rangkaian mungkin mempunyai tembok api yang menghalang anda membuka halaman web.
Jika komputer atau rangkaian anda dilindungi oleh tembok api, anda mungkin perlu tentukan pelayan proksi untuk akses sesetengah tapak internet.
Hubungi pemilik tapak web untuk mengetahui jika pelayan web mempunyai masalah, atau jika tapak web tidak serasi dengan Safari.
Sebagai contoh, Safari tidak dapat membuka tapak web yang menggunakan protokol lain daripada http atau https.
Pilih Menu Apple > App Store, kemudian klik Kemas kini.
Gunakan versi terkini Safari. Lihat Pastikan Mac anda terkini.
Klik dan tahan butang Muat Semula , kemudian pilih Muat Semula Tanpa Penyekat Kandungan.
Halaman mungkin disekat oleh Penyekat Kandungan yang anda pasangkan.