Cari sejarah pelayaran web anda dalam Safari pada Mac
Anda boleh cari sejarah pelayaran anda untuk mencari halaman web yang anda lawati dengan cepat.
Dalam app Safari pada Mac anda, pilih Sejarah > Tunjukkan Semua Sejarah.
Taip dalam medan Carian di penjuru kanan atas tetingkap.
Safari menggunakan iCloud untuk memastikan sejarah pelayaran anda sama pada iPhone, iPad, iPod touch dan komputer Mac anda yang mempunyai Safari diaktifkan dalam keutamaan iCloud. Pada iPhone, iPad atau iPod touch anda, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud, kemudian pastikan Safari diaktifkan. Mac anda boleh menyimpan sejarah pelayaran anda selama setahun, manakala sesetengah model iPhone, iPad dan iPod touch menyimpan sejarah pelayaran selama sebulan. Untuk menukar kekerapan Mac anda mengeluarkan item sejarah, lihat Tukar keutamaan Umum dalam Safari.