Sekurang-kurangnya satu kata laluan tidak diimport
Kata laluan yang anda import tidak sepadan dengan kata laluan yang anda telah simpan ke Mac anda. Ikut langkah di bawah untuk mengenal pasti kata laluan yang betul.
Klik anak panah bersebelahan Kata Laluan Tidak Diimport untuk menunjukkan akaun tapak web.
Klik Buka Keutamaan Kata Laluan.
Buka kunci kata laluan anda.
Klik akaun yang mempunyai kata laluan tidak sepadan dalam senarai di sebelah kiri.
Klik siri titik untuk Kata Laluan, kemudian pilih Salin Kata Laluan.
Cuba daftar masuk ke akaun tapak web dengan kata laluan yang disalin.
Jika kata laluan yang disalin betul: Abaikan kata laluan dalam fail CSV.
Jika kata laluan yang disalin tidak betul, cuba kata laluan dalam fail CSV: Buka fail CSV, salin kata laluan yang anda cuba import, kemudian gunakannya untuk mendaftar masuk ke akaun.
Jika kata laluan betul, anda akan diminta untuk mengemas kini kata laluan yang disimpan untuk akaun.
Jika tiada kata laluan yang betul: Reset kata laluan anda untuk akaun.
Klik OK.
Nota: Jika fail CSV kehilangan info, masukkan info dan import fail lagi.