🌍 Program Santuni MADANI Bersama MATRADE di Gemas🌍 Pada 29 Oktober 2024, MATRADE telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Daerah Kecil & Tanah Gemas (PDKT) bagi meneruskan inisiatif Program Santuni MADANI. Turut serta adalah En. Omar Mohd Salleh, En. Muhammad Syafiq sebagai Urusetia Rasmi Program, dan En. Ismail Nubli Abdul Salam dari Biro Kembara. 🤝 Kerjasama Erat Bersama PDKT Perbincangan bersama Puan Nurhaziyah Ibrahim dan En. Ahmad Fareez Fauzi, Penghulu Mukim Gemas, memfokuskan: - Latar belakang dan aspirasi Program Santuni MADANI - Keunikan demografi Kampung Pasir Besar, serta mekanisma agihan peruntukan - Program kerjasama terdahulu antara PDKT dan komuniti, seperti Olek Godang dan Program Jati Diri 📍 Sesi Diskusi Bersama JPKK & AJK Kampung Pasir Besar Delegasi MATRADE, diketuai YBrs. En. Mansor Shah Wahid, bersama AJK Kampung, meneroka idea-idea untuk memberi impak positif melalui pelbagai aktiviti di Kampung Pasir Besar, termasuk: - Tapak perkhemahan Biro Kembara MATRADE - Pembaharuan peralatan untuk Balai Raya kampung - Ceramah agama, kelas tuisyen SPM, dan program gotong-royong MATRADE berharap inisiatif ini bakal menyokong aspirasi Program Santuni MADANI dalam memperkukuh hubungan erat antara agensi kerajaan dan komuniti setempat. Terima kasih kepada PDKT dan JPKK atas sambutan dan sokongan semoga usaha ini membuka lebih banyak peluang kerjasama demi kebaikan bersama. 🌟 #ProgramSantuniMADANI #MATRADE #KomunitiGemas #MembangunBersama
-
+4