
Kongsi memori foto dengan orang lain menggunakan Foto pada Mac
Anda juga boleh berkongsi memori dengan orang lain dan menambah foto daripada memori ke album.
Tambah foto daripada memori ke album
Dalam app Foto
pada Mac anda, klik Memori dalam bar sisi.
Dwiklik memori untuk melihat fotonya.
Klik Tunjukkan Lagi, kemudian pilih Edit > Pilih Semua untuk memilih semua foto, atau pilih foto individu yang anda mahukan.
Pilih Fail > Album Baru dengan Pilihan.
Klik menu timbul Album, kemudian pilih Album Baru.
Taip nama untuk album baru anda dan klik OK.
Kongsi memori dengan orang lain
Dalam app Foto
pada Mac anda, klik Memori dalam bar sisi.
Dwiklik memori untuk melihat fotonya.
Klik Tunjukkan Lagi, kemudian pilih Edit > Pilih Semua untuk memilih semua foto, atau pilih foto individu yang anda mahukan.
Klik butang Kongsi
dalam bar alat dan pilih bagaimana anda mahu kongsikan foto.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkongsian foto, lihat Gunakan Mesej dan Mail untuk berkongsi foto daripada Foto pada Mac.