
Kongsi memori
Anda juga boleh berkongsi memori dengan orang lain dan menambah foto daripada memori ke album dan projek.
Tambah foto daripada memori ke album
Klik Memori dalam bar sisi.
Dwiklik memori untuk melihat fotonya.
Klik Tunjukkan Semua, kemudian pilih Edit > Pilih Semua untuk memilih semua foto atau pilih foto individu yang anda mahukan.
Pilih Fail > Album Baru.
Klik menu timbul Album, kemudian pilih Album Baru.
Taip nama untuk album baru anda dan klik OK.
Kongsi memori dengan orang lain
Klik Memori dalam bar sisi.
Dwiklik memori untuk melihat fotonya.
Klik Tunjukkan Semua, kemudian pilih Edit > Pilih Semua untuk memilih semua foto atau pilih foto individu yang anda mahukan.
Klik butang Kongsi
dalam bar alat dan pilih bagaimana anda mahu kongsikan foto.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkongsian foto, lihat Gunakan Mesej dan Mail untuk berkongsi foto dan Hantar foto ke Facebook, Flickr dan Twitter.
Tambah foto daripada memori ke projek baru
Klik Memori dalam bar sisi.
Dwiklik memori untuk melihat fotonya.
Klik Tunjukkan Semua, kemudian pilih Edit > Pilih Semua untuk memilih semua foto atau pilih foto individu yang anda mahukan.
Pilih Fail > Cipta, kemudian pilih jenis projek yang anda mahukan.
Ikuti arahan yang muncul untuk menyediakan projek anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang mencipta projek, lihat Cipta buku foto, Cipta kalendar dan Cipta kad.