
Aktifkan Album Dikongsi dan Perkongsian Keluarga dalam Foto pada Mac
Untuk mencipta album yang anda boleh kongsi bersama orang lain, anda aktifkan Album Dikongsi terlebih dahulu. Untuk berkongsi foto dengan ahli keluarga, aktifkan Perkongsian Keluarga.
Aktifkan Album Dikongsi
Nota: Anda boleh menggunakan Album Dikongsi hanya dengan Pustaka Foto Sistem anda.
Dalam app Foto
pada Mac anda, pilih Foto > Keutamaan, kemudian klik iCloud.
Pilih kotak semak Album Dikongsi.
Untuk menyahaktifkan Album Dikongsi, nyahpilih kotak semak. Walaupun jika anda menyahaktifkan Album Dikongsi pada Mac, anda boleh terus melihat dan membuat perubahan ke album dikongsi anda menggunakan peranti lain anda yang mengaktifkan Album Dikongsi.
Aktifkan Perkongsian Keluarga iCloud
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Keutamaan Sistem, kemudian klik iCloud.
Klik Sediakan Keluarga dan ikuti arahan.
Selepas sekurang-kurangnya satu ahli keluarga anda menerima jemputan untuk melihat album dikongsi, album Keluarga muncul dalam album dikongsi anda.