
Asas mengedit foto dalam Foto pada Mac
Anda boleh menggunakan alat mengedit Foto untuk membuat perubahan yang senang ke foto anda dengan mudah, seperti memutarnya atau memangkasnya untuk mendapatkan pembingkaian terbaik.

Apabila anda ubah foto, Foto simpan yang asal supaya anda boleh sentiasa buat asal perubahan anda dan tukar kepada rupa yang asal.
Perubahan yang anda lakukan ke foto muncul di mana-mana sahaja foto muncul dalam pustaka anda—setiap album, projek dan sebagainya. Jika anda ingin memberikan rupa foto unik yang muncul hanya dalam satu versi foto, mula-mula duplikasi foto dan bekerja pada salinan.
Edit foto
Dalam app Photo
pada Mac anda, lakukan mana-mana yang berikut:
Dwiklik imej kecil foto, kemudian klik Edit dalam bar alat.
Pilih imej kecil foto, kemudian tekan Command-Return.
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Zum masuk atau keluar pada foto: Klik atau seret gelangsar Zum.
Buat pelarasan: Klik Laras untuk memaparkan alat pelarasan. Lihat Laraskan cahaya foto, pendedahan dan banyak lagi.
Gunakan penapis: Klik Penapis untuk memaparkan penapis yang anda boleh gunakan untuk menukar rupa foto anda. Lihat Gunakan penapis untuk menukar penampilan foto.
Pangkas imej: Klik Pangkas untuk memaparkan pilihan untuk memangkas foto. Lihat Pangkas dan luruskan foto.
Putarkan foto: Klik butang Putar
dalam bar sisi untuk memutarkan imej ke arah lawan jam. Option-klik butang untuk memutarkan imej mengikut arah jam.
Tingkatkan foto secara automatik: Klik butang Tingkatkan
untuk melaraskan warna dan kontras foto anda secara automatik. Untuk keluarkan perubahan, tekan Command-Z atau klik Tukar ke Asal.
Untuk berhenti mengedit, klik Selesai atau tekan Command-Return.
Semasa anda mengedit foto, anda boleh tekan kekunci anak panah untuk bertukar kepada foto lain.
Duplikasi foto
Untuk mencipta versi berlainan foto, anda duplikasinya dan bekerja pada salinan.
Dalam app Foto
pada Mac anda, pilih foto yang anda mahu salin.
Pilih Imej > Duplikasi 1 Foto (atau tekan Command-D).
Jika anda menduplikasi Live Photo, klik Duplikasi untuk sertakan bahagian video atau Duplikasikan Sebagai Foto Pegun untuk sertakan imej pegun sahaja.
Bandingkan foto sebelum dan selepas mengedit
Semasa mengedit foto, anda boleh bandingkan versi diedit dengan yang asal.
Dalam app Foto
pada Mac anda, dwiklik foto untuk membukanya, kemudian klik Edit dalam bar alat.
Untuk melihat foto asal, klik dan tahan butang Tanpa Pelarasan, atau tekan dan tahan kekunci M.
Lepaskan butang atau kekunci M untuk melihat foto dengan pengeditan.
Pelarasan salin dan tampal
Selepas anda laraskan foto, anda boleh salin pelarasan yang anda telah buat dan tampalnya pada foto lain. Anda hanya boleh tampal pelarasan ke atas satu foto dalam satu masa.
Nota: Anda tidak boleh menyalin dan menampal seting daripada alat sentuh semula, alat mata merah, alat pangkas, atau sambungan parti ketiga.
Dalam app Foto
pada Mac anda, dwiklik foto yang anda telah membuat pelarasan, kemudian klik Edit dalam bar sisi.
Pilih Imej > Salin Pelarasan.
Klik dua kali foto yang mana anda ingin gunakan pelarasan, kemudian klik Edit.
Pilih Imej > Tampal Pelarasan.
Petua: Anda juga boleh Control-klik foto dan pilih Salin Pelarasan atau Tampal Pelarasan.
Petua: Anda boleh mengeluarkan perubahan ke foto dengan cepat. Untuk membuat asal perubahan terakhir yang anda lakukan, pilih Edit > Buat Asal, atau tekan Command-Z. Untuk membuang semua perubahan dan mulakan semula, pilih foto dan pilih Imej > Tukar ke Asal.