
Keluarkan foto duplikasi dalam Foto pada Mac
Anda boleh mengeluarkan foto dan video duplikasi daripada pustaka anda dengan mudah. Duplikasi kelihatan secara automatik dalam album Duplikasi dalam bar sisi. (Bergantung pada saiz pustaka anda, duplikasi mungkin mengambil sedikit masa untuk kelihatan kerana Foto menganalisis foto anda.)
Dalam app Foto
pada Mac anda, klik Duplikasi dalam bar sisi.
Nota: Jika anda menggunakan Pustaka Foto Dikongsi iCloud, klik menu timbul Pustaka dalam bar alat, kemudian pilih Kedua-dua Pustaka.
Pilih duplikasi yang anda mahu gabungkan.
Anda boleh memilih item individu dalam baris tunggal dan menggabungkannya atau memilih berbilang baris duplikasi dan menggabungkannya semua sekali gus.
Klik Gabungkan [bilangan] Duplikasi.
Satu foto atau video asal kelihatan di tempat yang duplikasi dipilih ditemui dalam pustaka anda. Duplikasi dipadam kelihatan dalam album Terbaru Dipadam, yang anda boleh pulihkan atau padamkannya secara kekal.