
Import foto daripada pustaka lain dalam Foto pada Mac
Jika anda menggunakan berbilang pustaka, anda boleh mengimport foto daripada satu pustaka ke pustaka yang lain.
Jika app Foto
pada Mac anda dibuka, pilih Foto > Keluar daripada Foto.
Untuk membuka semula Foto, tekan dan tahan kekunci Option, kemudian klik ikon Foto dalam Dock.
Dalam dialog Pilih Pustaka, pilih pustaka yang anda mahu mengimport foto, kemudian klik Pilih Pustaka.
Pili Fail > Import, navigasi ke lokasi pustaka yang anda mahu mengimport, pilihnya, kemudian klik Semak untuk Import.
Nota: Jika anda turut serta dalam Pustaka Foto Dikongsi iCloud, klik menu timbul Pustaka dalam bar alat dan pilih pustaka untuk mengimport.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Import keseluruhan pustaka: Klik Import Semua Item Baharu.
Import foto dipilih: Pilih foto untuk import, kemudian klik Import Dipilih.