
Tunjukkan jenis item tertentu dalam Foto pada Mac
Anda boleh menapis item dalam album untuk menunjukkan foto khusus—sebagai contoh, hanya foto yang anda edit atau tetapkan kata kunci.

Dalam app Foto
pada Mac anda, klik album dalam bar sisi.
Klik menu timbul Tapis Ikut, kemudian pilih satu daripada berikut:
Jenis item yang anda mahu lihat (Kegemaran, Diedit, Foto, Video, Dikongsi dengan Anda).
Kata kunci yang dikaitkan dengan foto anda.
Sebarang kata kunci yang anda telah seret ke kawasan Kumpulan Cepat pada Pengurus Kata Kunci kelihatan dalam menu timbul Tapis Ikut. Pilih kata kunci untuk memaparkan item dengan kata kunci tersebut. Untuk mengurus senarai kata kunci anda, lihat Tambah atau keluarkan kata kunci dalam Pengurus Kata Kunci.
Anda boleh memilih berbilang item daripada menu timbul Tapis Ikut untuk memaparkan item yang anda mahu lihat sahaja.