Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
- Baharu
-
- Penggera
- App Store
- Oksigen Darah
- Kalkulator
- Kalendar
- Remote Kamera
- ECG
- Ubat
- Memoji
- Pengecaman Muzik
- News
- Kini Dimainkan
- Peringatan
- Remote
- Pintasan
- Siren
- Saham
- Jam Randik
- Pasang Surut
- Pemasa
- Petua
- Terjemah
- Tanda Vital
- Memo Suara
- Walkie-Talkie
- Jam Dunia
-
- VoiceOver
- Sediakan Apple Watch menggunakan VoiceOver.
- Asas Apple Watch dengan VoiceOver
- Pencerminan Apple Watch
- Kawal peranti berdekatan
- AssistiveTouch
- Gunakan paparan braille
- Gunakan papan kekunci Bluetooth
- Zum
- Ketahui masa dengan maklum balas haptik
- Laraskan saiz teks dan seting visual lain
- Laraskan seting kemahiran motor
- Sediakan dan gunakan RTT
- Seting audio kebolehcapaian
- Taip untuk bercakap
- Pilih auto app difokus
- Gunakan ciri kebolehcapaian dengan Siri
- Pintasan Kebolehcapaian
- Hak Cipta
Mulakan latihan pada Apple Watch
Mulakan latihan
Pergi ke app Latihan pada Apple Watch anda.
Putar Digital Crown ke latihan yang anda mahu lakukan.
Ketik Tambah Latihan di bahagian bawah skrin untuk sesi seperti tinju tendang atau meluncur.
Apabila anda bersedia untuk pergi, ketik latihan.
Semasa anda menggunakan app dan memilih latihan, susunan latihan mencerminkan keutamaan anda.
Petua: Anda boleh menambah widget latihan ke Tindanan Pintar anda yang menunjukkan tiga jenis latihan terkini anda. Lihat Gunakan Tindanan Pintar untuk menunjukkan widget mengikut masa.
Untuk mendapatkan maklumat tentang jenis latihan yang anda boleh buat dengan Apple Watch, lihat artikel Sokongan Apple Jenis latihan pada Apple Watch.
Siri: Sebutkan sesuatu seperti:
“Mulakan larian 30 minit.”
“Pergi berjalan 5 kilometer”
“Mulakan tunggangan basikal 300 kalori”
Mulakan latihan dengan butang Tindakan pada model Apple Watch Ultra
Anda juga boleh menetapkan latihan kegemaran dengan mudah pada butang Tindakan.
Buka app Seting pada Apple Watch Ultra anda.
Ketik Butang Tindakan, ketik Tindakan, ketik Latihan, kemudian ketik untuk kembali ke senarai tindakan.
Ketik Pertama Kali Tekan, kemudian ketik Mulakan Latihan.
Apabila anda bersedia untuk memulakan latihan anda, tekan butang Tindakan.
Tekan butang Tindakan dan Sisi pada masa yang sama untuk menjeda latihan.
Jeda dan teruskan latihan
Untuk menjeda latihan pada bila-bila masa, tekan butang sisi dan Digital Crown pada masa yang sama. Untuk semua latihan kecuali latihan renang, anda juga boleh leret ke kanan pada skrin latihan, kemudian ketik Jeda. Untuk menyambung, ketik Teruskan.