Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
- Baharu
-
- Penggera
- App Store
- Oksigen Darah
- Kalkulator
- Kalendar
- Remote Kamera
- ECG
- Ubat
- Memoji
- Pengecaman Muzik
- News
- Kini Dimainkan
- Peringatan
- Remote
- Pintasan
- Siren
- Saham
- Jam Randik
- Pasang Surut
- Pemasa
- Petua
- Terjemah
- Tanda Vital
- Memo Suara
- Walkie-Talkie
- Jam Dunia
-
- VoiceOver
- Sediakan Apple Watch menggunakan VoiceOver.
- Asas Apple Watch dengan VoiceOver
- Pencerminan Apple Watch
- Kawal peranti berdekatan
- AssistiveTouch
- Gunakan paparan braille
- Gunakan papan kekunci Bluetooth
- Zum
- Ketahui masa dengan maklum balas haptik
- Laraskan saiz teks dan seting visual lain
- Laraskan seting kemahiran motor
- Sediakan dan gunakan RTT
- Seting audio kebolehcapaian
- Taip untuk bercakap
- Pilih auto app difokus
- Gunakan ciri kebolehcapaian dengan Siri
- Pintasan Kebolehcapaian
- Hak Cipta
Seting audio kebolehcapaian pada Apple Watch
Jika anda mengutamakan mendengar isyarat audio kiri+kanan digabungkan yang keluar daripada kedua-dua saluran audio pada speaker atau fon kepala yang disambungkan ke Apple Watch anda, aktifkan Audio Mono. Anda juga boleh melaraskan keseimbangan kiri-kanan audio Apple Watch anda, sama ada stereo atau mono. Dan anda boleh menukar seting AirPods supaya lebih mudah diakses.
Tukar seting audio mono dan imbangan
Pergi ke app Seting pada Apple Watch anda, ketik Kebolehcapaian, kemudian, di bawah Pendengaran, lakukan mana-mana yang berikut
Tukar daripada audio stereo kepada mono: Aktifkan Audio Mono.
Laraskan keseimbangan audio: Ketik butang L atau R di bawah Audio Mono.
Anda juga boleh pergi ke app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, ketik Kebolehcapaian, kemudian aktifkan Audio Mono dan laraskan keseimbangan audio.
Tukar seting AirPods
Anda boleh menukar seting kelajuan tekan dan tempoh tekan dan tahan untuk AirPods yang anda gunakan dengan Apple Watch anda. Anda juga boleh mengaktifkan pembatalan bunyi pada AirPods Pro apabila anda memakai salah satu AirPods anda pada sebelah telinga.
Pergi ke app Seting pada Apple Watch anda.
Pergi ke Kebolehcapaian > AirPods, pilih AirPods anda, kemudian pilih seting.
Anda juga boleh pergi ke app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, kemudian pergi ke Kebolehcapaian > AirPods.
Tunjukkan transkripsi HomePod
Apple Watch boleh menunjukkan transkripsi untuk sebarang pengumuman HomePod apabila kedua-dua peranti didaftar masuk ke Akaun Apple yang sama.
Pergi ke app Seting pada Apple Watch anda.
Pergi ke Kebolehcapaian, kemudian aktifkan Tunjukkan Transkripsi Audio.
Aktifkan pemberitahuan fon kepala
Untuk melindungi pendengaran anda, Apple Watch anda boleh menghantar pemberitahuan jika anda telah mendengar audio fon kepala yang kuat bagi tempoh yang cukup lama untuk memberi kesan kepada pendengaran anda.
Pergi ke app Seting pada Apple Watch anda.
Pergi ke Kebolehcapaian, kemudian aktifkan Pemberitahuan Fon Kepala.