
Di mana foto saya?
Secara lalai, foto dan video yang anda import ke dalam Foto disimpan dalam pustaka Foto dalam folder Gambar pada Mac anda. Apabila anda mula-mula menggunakan Foto, anda mencipta pustaka baru atau pilih pustaka yang anda ingin guna. Pustaka ini menjadi Pustaka Foto Sistem anda secara automatik. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Pustaka Foto Sistem anda, lihat Gambaran keseluruhan Pustaka Foto Sistem.
AMARAN: Untuk mengelakkan secara tidak sengaja memadam atau merosakkan pustaka Foto, jangan ubah kandungan pustaka dalam Finder. Jika anda mahu menyalin, mengalih atau memindahkan fail, importnya dahulu daripada pustaka Foto; jangan akses atau tukar pustaka secara manual dalam Finder.
Jika anda import item dari peranti storan atau folder lain pada Mac anda, anda boleh membuatkan Foto meninggalkan item di lokasi asalnya supaya ia tidak mengambil ruang tambahan pada Mac anda. Selagi peranti atau folder boleh diakses ke Foto, anda boleh lihat dan bekerja dengan item ini dalam tetingkap Foto seperti yang biasa anda lakukan. (Fail yang disimpan dalam lokasi lain di luar pustaka Foto anda dikenali sebagai fail rujukan.)
Walaupun menyimpan fail di luar pustaka Foto anda adalah cara terbaik untuk menjimatkan ruang pada Mac anda, berhati-hati kerana:
Jika anda menggunakan Pustaka Foto iCloud, foto dan video di luar pustaka Foto anda tidak disimpan dalam Pustaka Foto iCloud anda. Jadi fail ini tidak dapat diakses kepada sebarang Mac atau peranti lain yang menggunakan Pustaka Foto iCloud.
Jika anda putuskan sambungan peranti di mana fail terletak, atau alihkan atau namakan semula fail dalam Finder, Foto tidak akan dapat mencarinya, jadi anda tidak boleh bekerja dengannya dalam app Foto.
Nota: Jika anda menggunakan Pustaka Foto iCloud, cara lain yang baik untuk menjimatkan ruang ialah dengan mengaktifkan pilihan Optimumkan Storan Mac dalam keutamaan iCloud. Pustaka Foto iCloud kemudian akan meletakkan fail foto yang lebih kecil pada Mac anda seperti yang diperlukan. Semua foto dan video bersaiz penuh akan sentiasa boleh diakses ke Mac anda dari iCloud, tetapi pustaka Foto anda akan mengambil ruang yang kurang pada Mac anda.