
Tambah peta pada buku foto
Anda boleh tambah peta ke buku foto anda untuk menunjukkan di mana foto dalam buku diambil. Anda boleh tambah lokasi anda sendiri ke peta dan ubah bagaimana peta muncul.
Tambah atau keluarkan peta
Klik buku di bawah Projek dalam bar sisi.
Dwiklik halaman yang anda ingin tambahkan peta.
Klik butang Pilihan
dalam bar alat.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Tambah peta: Pilih tataletak halaman yang mengandungi peta.
Keluarkan peta: Pilih tataletak halaman lain.
Edit dan tempatkan semula peta
Klik buku di bawah Projek dalam bar sisi.
Dwiklik halaman yang mengandungi peta, kemudian pilih peta.
Penting: Pastikan untuk memilih peta, bukannya halaman.
Klik butang Pilihan
dalam bar alat.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Tukar gaya peta: Klik menu timbul Peta dan pilih Standard, Hibrid, atau Satelit.
Tunjukkan atau sembunyikan label teks untuk lokasi foto pada peta: Pilih atau nyahpilih kotak semak Tunjukkan Label Penanda.
Zum masuk atau keluar pada peta: Seret penggelongsor Zum Peta.
Tempatkan semula peta dalam bingkainya: Seret peta ke atas, bawah, kiri, atau kanan.
Tambah, keluarkan dan namakan semula penanda tempat pada peta
Selepas anda menambah peta ke halaman buku, lokasi yang dikaitkan dengan foto anda dipaparkan pada peta secara automatik. Anda boleh tambah lokasi baru dan tambah penanda tempat ke peta.
Klik buku di bawah Projek dalam bar sisi.
Dwiklik halaman yang mengandungi peta, kemudian pilih peta.
Penting: Pastikan untuk memilih peta, bukannya halaman.
Klik butang Pilihan
dalam bar alat.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Tambah penanda tempat baru: Klik butang Tambah (+). Penanda tempat muncul. Letakkan penuding ke atas penanda tempat, klik dan tahan sehingga bulatan merah membesar, kemudian seretnya ke lokasi yang dikehendaki. Dwiklik nama penanda tempat dan taip nama lokasi atau perihalan.
Tambah lokasi ke peta secara manual: Control-klik lokasi pada peta dan pilih Lepaskan Pin. Penanda muncul pada peta dan lokasi muncul dalam senarai Tempat. Dwiklik nama lokasi baru dan taip nama atau perihalan.
Keluarkan penanda tempat: Klik untuk memilih nama tempat dalam senarai Tempat (klik nama, bukan kotak semak), kemudian klik butang Keluarkan (-).
Tunjukkan atau sembunyikan penanda tempat: Pilih atau nyahpilih kotak semak bersebelahan nama tempat.
Namakan Semula lokasi peta: Dwiklik nama lokasi dalam senarai Tempat dan taip nama baru.