
Lihat foto mengikut orang di dalamnya
Apabila anda mula-mula membuka Foto, ia mengimbas pustaka anda untuk mengenal pasti orang di dalam foto anda. Selepas imbasan selesai, anda boleh membuka album Orang, lihat koleksi foto yang disusun mengikut muka di dalamnya dan peruntukkan nama ke orang yang dijumpai oleh Foto. Semasa anda mengimport foto baru ke pustaka anda, Foto mengimbasnya dan memadankan mana-mana orang di dalamnya ke orang yang anda telah kenal pasti. Anda juga boleh mengenal pasti orang di dalam foto anda secara manual.
Nota: Jika anda menggunakan Pustaka Foto iCloud, orang yang dikenal pasti dalam foto anda diselaraskan merentasi peranti anda.
Lihat orang dalam pustaka anda
Klik Orang dalam bar sisi.
Orang yang anda tetapkan sebagai kegemaran muncul dalam segi empat besar di bahagian atas tetingkap. Untuk menjadikan seseorang kegemaran, klik
pada foto. Anda juga boleh seret orang ke dalam atau luar kawasan kegemaran di bahagian atas.
Dwiklik muka untuk melihat foto orang itu.
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Papar keseluruhan foto atau muka sahaja: Klik butang Foto atau Muka dalam bar alat.
Paparkan semua atau ringkasan foto seseorang: Klik Tunjukkan Lagi atau Tunjukkan Ringkasan di bahagian atas kawasan Foto.
Gabungkan foto orang yang sama: Tempatkan penuding ke atas foto orang tersebut, kemudian klik Nama. Mula menaip nama orang tersebut, kemudian pilih nama apabila ia muncul dalam menu timbul. Apabila mesej bertanya jika orang dalam gambar ialah orang yang sama, klik Ya.
Namakan semula foto seseorang: Klik nama di bawah foto dan taipkan nama berlainan, atau pilih nama yang muncul semasa anda menaip.
Keluarkan orang yang tidak dikenal pasti: Control-klik foto, kemudian pilih “[Nama] bukan dalam foto ini],” atau "Ini bukan [Nama]”.
Edit foto seseorang: Dwiklik foto yang anda mahu edit, kemudian klik butang Edit.
Pilih foto sebagai “foto utama” untuk mewakili semua foto seseorang: Control-klik foto, kemudian pilih Jadikan Foto Utama.
Tunjukkan foto di atas peta: Skrol ke bawah ke kawasan Tempat dan dwiklik imej kecil foto untuk melihat lokasi di mana foto di ambil di atas peta.
Semak dan sahkan foto lain mengandungi orang ini: Jika Foto telah mengenal pasti foto tambahan orang untuk disemak semula, mesej muncul dalam bar alat. Klik butang Semak Semula untuk menyemak semula dan mengesahkan foto yang mengandungi orang itu, kemudian klik Selesai. Jika tiada mesej muncul, skrol ke bawah dan klik Sahkan Foto Tambahan. Apabila foto mempersembahankan muka yang sepadan, klik Ya untuk mengesahkan identiti orang tersebut. Klik Selesai untuk berhenti menyemak muka sepadan.
Tetapkan orang sebagai kegemaran: Skrol ke bawah dan klik Gemarkan Orang Ini. Klik Nyahgemarkan Orang Ini untuk mengeluarkan mereka sebagai kegemaran.
Cipta memori daripada foto seseorang: Skrol ke bahagian bawah dan klik Tambah ke Memori.
Kenal pasti dan namakan orang dalam paparan Orang
Klik Orang dalam bar sisi.
Klik butang Nama pada foto orang yang anda mahu namakan, taipkan nama, kemudian tekan Return (atau pilih nama yang muncul semasa anda menaip).
Semua foto dalam himpunan diperuntukkan nama.
Gabungkan foto seseorang ke dalam himpunan
Foto mengenalpasti orang dalam foto baru dan menambahkannya ke foto orang yang anda telah kenal pasti. Jika anda menjumpai lebih dari satu himpunan yang mengenal pasti orang yang sama, anda boleh gabungkan himpunan menjadi satu.
Pilih himpunan foto yang anda mahu gabungkan.
Control-klik himpunan, kemudian pilih Gabung [nombor] Orang.
Kenal pasti dan namakan orang dalam foto individu
Dwiklik foto untuk membukanya.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Pilih Lihat > Tunjukkan Nama Muka. Klik nama (atau “tidak bernama”) di bawah muka, taip nama, kemudian tekan Return (atau pilih nama yang muncul semasa anda menaip).
Klik butang Info
dalam bar alat. Klik butang Tambah
, seret bulatan untuk meletakkanya di atas muka jika perlu, klik medan Nama, taipkan nama, kemudian tekan Return.
Anda boleh klik butang Tambah
berbilang kali untuk kenal pasti berbilang muka dalam foto. Untuk mengeluarkan nama yang anda tambah ke muka, klik butang Keluarkan
pada orang itu.
Dwiklik foto untuk membukanya, kemudian skrol ke bawah ke Orang. Dwiklik foto di bawah Orang, klik Tambah Nama dalam bar alat, kemudian taipkan nama dalam medan Nama (atau pilih nama yang muncul semasa anda menaip). Klik butang Seterusnya, kemudian klik Selesai.
Untuk berhenti menunjukkan nama muka dalam foto, pilih Lihat > Sembunyikan Nama Muka.
Cari orang mengikut nama
Klik medan carian dalam bar alat, taip nama orang yang dikenal pasti menggunakan Orang, kemudian klik nama orang itu dalam menu atau tekan Return.
Foto menunjukkan semua foto yang mengandungi orang tersebut.
Keluarkan semua foto orang dalam album Orang
Klik Orang dalam bar sisi.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Control-klik orang, kemudian pilih Keluarkan Orang Ini. Klik Keluarkan daripada Album Orang.
Dwiklik orang, kemudian skrol ke bawah dan klik Keluarkan daripada Album Orang.
Foto dikeluarkan daripada album Orang, tetapi bukan daripada pustaka anda. Untuk menambah orang ke album Orang semula, dwiklik foto orang itu, skrol ke bawah ke Orang dan dwiklik foto orang itu, kemudian skrol ke bawah dan klik Tambah Orang ke Album.
Keluarkan foto dari album Orang
Apabila anda membuka himpunan foto milik seseorang, anda boleh memadamkan foto individu orang tersebut daripada pustaka anda. Foto dipadamkan dialihkan ke album Terbaru Dipadam dalam bar sisi.
Klik Orang dalam bar sisi.
Klik dua kali orang untuk membuka foto orang tersebut.
Klik foto untuk pilih ia dan tekan Delete.
Klik Padam.