
Pesan buku, kad, atau kalendar
Selepas anda semak ejaan dan semak semula semua halaman projek dengan teliti, anda telah bersedia untuk pesan salinan projek anda yang dicetak secara profesional. Anda boleh pesan sebanyak mana salinan yang anda mahu dan hantarnya kepada rakan dan keluarga.
Klik projek dalam bar sisi.
Klik butang Beli di bahagian atas tetingkap.
Klik Tambah Alamat Penghantaran, kemudian pilih alamat penghantaran di bawah Hantar Kepada atau klik Baru untuk masukkan yang baru.
Anda boleh tambah sebanyak mana alamat untuk penerima yang anda ingin.
Klik Buat Pesanan.
Masukkan Apple ID dan kata laluan anda serta klik Daftar Masuk.
Jika ini ialah kali pertama anda membeli pesanan cetakan, anda mungkin diminta untuk memasukkan kod keselamatan bagi kad kredit anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Bayar untuk pesanan cetakan dengan kad kredit.
Nota: Jika anda daftar masuk dengan Apple ID yang mempunyai pengesahan dua langkah diaktifkan, anda diminta untuk memasukkan kod 4 digit yang dihantar secara automatik kepada anda dalam mesej teks.
Mesej muncul mengesahkan pesanan anda dan memaklumkan anda tarikh penghantaran dijangka tiba.
Nota: Jika anda ingin menggunakan kad kredit berlainan daripada yang dikaitkan dengan Apple ID anda, atau jika anda ingin edit maklumat kad kredit anda, pilih Foto > Akaun Kedai Produk Cetak, kemudian klik “Ubah penghantaran lalai atau maklumat pengebilan anda untuk pesanan.”