
Tambah dan keluarkan foto dalam kalendar
Anda boleh tambah dan keluarkan foto dalam kalendar pada bila-bila masa. Jika anda tidak ingin menggunakan foto, anda boleh keluarkannya dari halaman, atau mengeluarkannya dari projek kalendar sepenuhnya.
Klik kalendar di bawah Projek dalam bar sisi.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Tambah foto ke bingkai foto kosong: Seret foto dari kawasan Foto di bahagian bawah tetingkap ke bingkai foto.
Jika foto yang anda ingin tiada dalam kawasan Foto, klik Tambah Foto, pilih foto, kemudian klik Tambah.
Seret tepi atas kawasan Foto untuk ubah saiz dan bilangan foto dipaparkan di sana.
Petua: Anda juga boleh tambah foto ke tarikh pada kalendar dengan menyeret foto ke tarikh. Gunakan penggelongsor Zum untuk menambah saiz halaman kalendar, supaya ia lebih mudah untuk seret tarikh individu.
Tambah foto dipilih ke bingkai kosong secara automatik: Pilih satu atau lebih banyak foto dalam kawasan Foto, kemudian klik Isi Auto.
Tambah foto kepada semua bingkai kosong dalam halaman kalendar secara automatik: Dwiklik halaman yang anda ingin ubah, kemudian klik Isi Auto.
Tambah foto kepada semua bingkai kosong dalam kalendar secara automatik: Semasa melihat semua halaman kalendar, klik Isi Auto.
Alihkan foto dari halaman ke kawasan Foto atau halaman lain: Letakkan penuding ke atas foto, klik dan tahan sehingga foto keluar daripada bingkai, kemudian seret foto ke kawasan Foto atau lokasi lain.
Keluarkan foto dari kawasan Foto: Klik foto untuk memilihnya, kemudian tekan Delete.
Keluarkan foto dari halaman kalendar: Dwiklik halaman yang anda ingin ubah, klik foto untuk memilihnya, kemudian tekan Delete.
Keluarkan semua foto yang diletakkan pada halaman kalendar: Dwiklik halaman yang anda ingin ubah, klik Kosongkan Foto Ditempatkan, kemudian klik Teruskan.
Keluarkan semua foto yang diletakkan dalam kalendar: Semasa melihat semua halaman kalendar, klik Kosongkan Foto Ditempatkan, kemudian klik Teruskan.
Petua: Anda boleh tukar dua foto pada halaman dengan cepat. Letakkan penuding ke atas foto, klik dan tahan sehingga foto keluar dari bingkai, kemudian lepaskannya pada foto lain.