
Ubah di mana Foto menyimpan fail anda
Apabila anda import foto dan video ke dalam Foto, ia disalin dan disimpan dalam pustaka Foto. Jika anda suka, anda boleh simpan foto dan video di luar pustaka Foto (sebagai contoh, dalam folder pada Mac anda atau pada pemacu luaran) dan masih melihatnya dalam Foto. Fail yang disimpan di luar pustaka anda dipanggil fail rujukan. Untuk maklumat selanjutnya mengenai fail rujukan, lihat Di mana foto saya?
Fail rujukan tidak dimuat naik dan disimpan dalam Pustaka Foto iCloud secara automatik dan ia tidak disandarkan bersama dengan fail anda yang lain apabila anda sandarkan pustaka foto anda—anda mesti sandarkannya secara manual. Jika anda ingin elakkan fail rujukan disandarkan secara manual, anda boleh alihkan atau satukan fail ke dalam pustaka anda.
Simpan fail diimport di luar pustaka Foto
Pilih Foto > Keutamaan, kemudian klik Umum.
Nyahpilih kotak semak “Salin item ke pustaka Foto”.
Kini, apabila anda import foto atau video, Foto meninggalkan fail dalam lokasi asalnya dan mengaksesnya sebagai fail rujukan.
Cari fail rujukan dalam Finder
Pilih fail rujukan.
Pilih Fail > Tunjukkan Fail Rujukan dalam Finder.
Salin fail rujukan ke dalam pustaka Foto
Anda boleh salin fail rujukan ke dalam pustaka foto anda supaya ia lebih mudah untuk disandarkan dan dimasukkan dalam Pustaka Foto iCloud anda secara automatik.
Pilih fail yang anda ingin alih ke dalam pustaka foto.
Pilih Fail > Sepadukan.
Klik Salin.