
Periksa dan semak projek sebelum anda memesan
Sebelum anda buat pesanan untuk cetak projek, adalah baik untuk semak ejaan, tambah atau keluarkan logo Apple dari kulit dan pratonton projek untuk pastikan ia dicetak seperti yang anda mahu. Untuk maklumat mengenai mengeluarkan logo Apple dari projek, lihat Keluarkan logo Apple dari buku, Keluarkan logo Apple dari kalendar, dan Keluarkan logo Apple dari kad.
Untuk pratonton projek anda, anda cipta fail PDF, yang anda boleh lihat pada komputer anda menggunakan Pratonton, Acrobat Reader, Safari, atau pelayar web lain. Anda juga boleh cetak fail PDF menggunakan sebarang app tersebut.
Semak ejaan projek
Klik projek di bawah Projek dalam bar sisi, kemudian dwiklik halaman yang mengandungi teks yang anda ingin semak.
Pilih blok teks yang anda ingin semak, kemudian pilih Edit > Ejaan dan Tatabahasa > Tunjukkan Ejaan dan Tatabahasa.
Dalam tetingkap Ejaan dan Tatabahasa, lakukan mana-mana yang berikut:
Terima ejaan dicadangkan: Pilih cadangan, kemudian klik Ubah.
Betulkan ejaan sendiri: Taip ejaan baru dalam medan atas, kemudian klik Ubah.
Kekalkan ejaan semasa: Klik Abaikan.
Kekalkan ejaan semasa dan tambahnya ke kamus anda (supaya pemeriksa ejaan tidak menyoalnya): Klik Ketahui.
Alih dari satu perkataan soalan kepada yang lain: Klik Cari Seterusnya.
Jadikan fail PDF projek untuk semak semula
Klik projek di bawah Projek dalam bar sisi.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Tekan kekunci Option semasa anda klik butang Beli.
Tekan kekunci Control semasa anda klik di latar belakang projek anda, kemudian pilih “Simpan [projek] sebagai PDF.”
Masukkan nama dan pilih lokasi, kemudian klik Simpan.